KENYA: Seorang lelaki bertindak berani dengan memotong kemaluannya sendiri dan mencampakkannya ke luar tingkap selepas menghiris payudara isterinya yang sedang tidur di kediamannya di sini.
Akhbar tempatan melaporkan, pelaku, Duncan Moseti, 24, bertindak sedemikian selepas menyangka isterinya mempunyai hubungan sulit bersama abangnya.
Mangsa, Margaret, 20, berkata, beliau tersedar dari tidur selepas mendapati dadanya sakit kerana ditoreh.
“Saya menjerit dan menolaknya ke tepi. Dia mengancam mahu bunuh bayi saya," katanya yang kemudian melarikan diri untuk meminta bantuan daripada jiran.
Sekembalinya ke tempat kejadian, Margaret dan jirannya mendapati Duncan terbaring dengan tubuh berlumuran darah.
Mengulas mengenai insiden tersebut, Margaret mengakui pernah bertengkar bersama suaminya selepas beliau menetap bersama abang Duncan selama seminggu.
Katanya, Duncan mendapat perkhabaran bahawa beliau menjalin hubungan sulit bersama abang suaminya, George, dan mengarahkan mereka berkahwin.
“Dia suruh saya meninggalkannya dan mengahwini abangnya itu kerana dia lebih stabil dari aspek kewangan,’’ kata Margaret.
George walaubagaimanapun menafikan tuduhan Duncan itu.
Sementara itu, Duncan yang dirawat kini dilaporkan stabil namun kemaluannya gagal disambung semula ekoran lewat tiba ke hospital.
0 Response to "Suami Cemburu Potong Zaka r, Campak Luar Tingkap"
Post a Comment