GEORGETOWN: Polis akan memulakan siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kandungan blognya yang dilaporkan mempunyai unsur fitnah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata setakat ini pihaknya menerima beberapa laporan polis yang dibuat sejak beberapa hari lalu.
"Ya, kita akui ada menerima laporan polis yang dibuat sejak semalam dan dua hari lalu.
"Kita akan buka kertas siasatan, dan jika benar ada kes fitnah, kita akan serah kepada Jabatan Peguam Negara," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Pulau Pinang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini, pagi tadi.
Dr Mahathir dalam tulisannya di blog
http://chedet.cc, 3 Februari lalu, mendakwa Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali tidak akan mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kes SRC International dan dana RM2.6 bilion kerana kononnya terhutang budi dengan Najib.
Related Posts :
Padah kahwin berlainan agama, mak bapak berebut jenazah anakKejadian kematian seorang aktres, di sini cukup memberi pengajaran kepada masyarakat Indonesia yang berkahwin berlainan agama.
Mana tidakny… Read More...
Mimpi nombor, Suri rumah menang magnum 4D RM23 jutaSeorang suri rumah tidak menyangka gabungan nombor dalam mimpinya membawa tuah apabila menang pertaruhan Magnum 4D RM23,105,950.
Nombor 115… Read More...
“Mula-mula suami marah, tapi lepas dah ‘masyuk’…”Bukan semua isteri akan dapat ‘lampu hijau’ apabila hasrat mahu serius menjalankan bisnes dalam talian disampaikan kepada suami.
Mungkin s… Read More...
“Saya redha dengan pemergian Syahid kerana sebagai bapa, saya tak tahan melihat dia merintih menanggung kesakitan,” – Bazli UNIC“Saya reda dengan pemergian Syahid kerana sebagai bapa, saya tak tahan melihat dia merintih menanggung kesakitan,” ujar Bazli ketika di temu… Read More...
Tun M Sedia Jadi PM Dengan Syarat…Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan mempertimbangkan untuk menjadi perdana menteri ‘bagi jangka masa yang singkat’ jika terdapat kat… Read More...
0 Response to "Polis Siasat Tun Mahathir - KPN"
Post a Comment