DICEKUP ONANI DI BELAKANG AMPAIAN


Subang Jaya – Tindakan seorang lelaki yang melakukan onani di belakang ampaian kain di Kampung Kenangan Batu 13, Puchong mengundang padah apabila dicekup penduduk, di sini, hari ini.

Perbuatan tidak senonoh pemandu lori berusia 55 tahun itu disedari penghuni rumah yang terdengar bunyi motosikal yang berhenti di hadapan rumah mangsa kira-kira jam 4.30 petang.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, suami mangsa meninjau di celah bawah pintu dan dapati ada pergerakan kaki menuju ke tempat ampaian baju.

“Suami mangsa kemudian bergegas untuk melihat keadaan sebelum melihat terdapat seorang lelaki tempatan berbadan gempal berdiri di ampaian baju sambil cuba melakukan sesuatu di situ.

“Tidak lama kemudian, beberapa jiran datang mengepung suspek berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, suspek telah mengaku melakukan onani sebanyak tiga kali sebelum ini.

Katanya, pemeriksaan turut mendapati pakaian dalam milik isteri pengadu juga dipercayai ada kesan air mani.

Yahaya berkata, polis telah merampas dua coli berwarna biru dan oren muda. Kes disiasat di bawah seksyen 447 Kanun Keseksaan, lapor Sinar Harian.


Related Posts :

0 Response to "DICEKUP ONANI DI BELAKANG AMPAIAN"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect