Jadual pendakwah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias yang sangat padat, selain memaksa beliau menjelajah ke seluruh negara bagi memenuhi jemputan orang ramai dipercayai menjadi punca beliau terpaksa dimasukkan ke hospital.
Beliau yang dikenali dengan panggilan Ustaz Kazim tetap memenuhi setiap undangan diterima semata-mata ingin bertemu orang ramai tanpa pernah mengadu penat.
‘ALLAH… macam mana ni,’ kata Ustaz Kazim
Pegawai Khasnya, Rafi Rahman memberitahu, pendakwah itu memang sudah nampak kurang sihat dan wajahnya pucat, tetapi tetap mahu meneruskan ceramah di pekarangan Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sri Gunong, Bachok, kelmarin.
Rafi berkata, Mohd Kazim memang begitu komited dengan urusan kerjanya meskipun terpaksa menahan kesakitan sebelum itu.
“Pagi ini (semalam), dia sudah boleh bercakap lebih jelas berbanding malam tadi (kelmarin) dan perkara yang diucapkannya, dia terkilan kerana tidak dapat menghabiskan ceramahnya.
“Ketika dalam perjalanan ke hospital pun dia kata ‘ALLAH, ALLAH macam mana ni’, tetapi saya pujuk, kesihatan dia lebih penting buat masa ini. Dia dah janji nak datang tetapi hanya dapat berceramah selama tujuh minit. Memang dia terkilan sangat,” katanya.
Malam kelmarin, Ustaz Kazim dikejarkan ke HUSM selepas difahamkan terkena serangan jantung.
Mohd Kazim menjayakan ceramah anjuran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) jam 9.30 malam sebelum mengadu keletihan dan sakit dada.
Baju Kanak-Kanak Harga Murah
Jubah raya cantik dan murah !!
Green Hijab memang Ohsem memang cair.
Related Posts :
ANNIVERSARY KE-11 - BCL TABUR BUNGA MAWAR DI PUSARA ARWAH ASHRAF "Selamat ulang tahun," demikianlah tulis penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL ringkas sebagai kapsyen di sebuah entri yang mem… Read More...
"NIKMAT JADI IBU..." - ALAMI KEGUGURAN, ELIZAD TETAP TERUSKAN IVF Sekitar bulan Oktober lalu, pelakon Siti Elizad Sharifuddin telah selesai menjalani proses 'embryo transfer' bagi meneruskan sesi rawatan … Read More...
BILA MARIA TUNKU SABRI KONGSI FOTO THROWBACK JADI PRAMUGARI Ramai dikalangan artis kita yang pernah bergelar seorang pramugari sebelum berkecimpung dalam industri hiburan. Barangkali pakej fizikal l… Read More...
KAMAL ADLI MAHU TERUS KAHWIN, TAK NAK BUANG MASA BERCINTA Pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose pertama kali digandingkan menerusi drama 'Setelah Terlafaznya Akad' arahan Michael Ang, tahun lalu. … Read More...
LETAK HARGA TINGGI DITUDUH 'DEMAND' - ADI PUTRA KESAL, INI PERJELASANNYA "Saya dapat tawaran drama bersiri, saya letak gaji tinggi yang memadai... lepas tu tak jadi, dikatakan saya demand. Kenapa saya buat begit… Read More...
0 Response to "‘ALLAH… macam mana ni,’ kata Ustaz Kazim"
Post a Comment