KUALA LUMPUR: Juara Piala AFC 2015, Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal menjadi jenama global, sekali gus melangkah setapak lagi ke peringkat antarabangsa selepas berjaya menarik minat tajaan daripada sebuah syarikat terkenal di Thailand.
Perkhabaran baharu itu diumumkan menerusi akaun rasmi Facebook skuad Harimau Selatan iaitu Johor Southern Tigers (JST), sebentar tadi.
Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Ismail Karim, berkata berita baik berkenaan diperoleh ketika permulaan jelajah pasukan itu di negara jiran terbabit semalam untuk aksi pra musim menentang dua kelab negara Gajah Putih itu.
"Kita mendapat maklumat ada syarikat korporat besar yang beroperasi di negeri itu yang mahu menaja pasukan kita. "Saya dimaklumkan, syarikat korporat itu turut menaja beberapa pasukan yang beraksi di Eropah.
"Jadi, secara tidak langsung ini menyatakan jenama JDT sudah berada di tahap antarabangsa," katanya.
Ismail berkata, rundingan antara JDT dan syarikat korporat itu sedang giat dijalankan. Katanya, sebarang keputusan akan dimaklumkan kepada semua penyokong setia skuad Harimau Selatan itu selepas ini.
Related Posts :
Kena Tangkap Dengan Lelaki Lain, Ini Jawapan Elly
Kena Tangkap Dengan Lelaki Lain, Ini Jawapan Elly
Elly Mazlein kini menjadi tumpuan ekoran penceraiannya dengan suami baru-baru ini. Rama… Read More...
“aku bunuh polis malam ni” – Pembuat bata batu dihukum penjara 9 bulanPadah melibas polis dengan pisau dan parang hingga menyebabkan cedera, seorang pembuat bata batu dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkama… Read More...
Gadis lapor diri dirogol ketika bercuti di Qatar tapi dia pula yang kena tangkapGara-gara melaporkan dirinya dirogol ketika bercuti di Qatar, seorang wanita berusia 22 tahun ditahan, lapor AFP.
Peguamnya, Brian Lokollo m… Read More...
Isu gadis hijab bertatu, giliran Abang Long Fadhil bersuaraBekas gengster Singapura, Abang Long Fadhil meminta orang ramai tidak membuat tanggapan salah terhadap gambarnya bersama seorang wanita bert… Read More...
3 Amaran Rafidah Aziz buat ahli politik, bosan sikap ibu bapa manjakan anak nakal sampai cikgu yang kena tukarBekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz mengulang lagi amarannya kepada semua pihak agar tidak mempolitikk… Read More...
0 Response to "Viral Syarikat Terkenal Thailand Minat Taja JDT"
Post a Comment