Video: Suami tetak mati isteri sebelum gantung diri

Lelaki bertindak menetak isteri sehingga mati sebelum menggantung dirinya dalam kejadian di Taman Mesra Indah, di sini, pada 4.45 petang ini.

Dalam kejadian itu, wanita warga Thailand dianggarkan lingkungan 30-an maut ditetak suaminya warga tempatan di hadapan pintu rumah mereka di sini. 

Video: Suami tetak mati isteri sebelum gantung diri

Video: Suami tetak mati isteri sebelum gantung diri

Difahamkan, si isteri ditetak beberapa kali di kepala dan badan oleh lelaki berkenaan sebelum mayatnya dibiarkan terlentang di atas penutup longkang.

Sumber berkata, suami mangsa masuk ke dalam rumah dan megunci pintu dari dalam dan membuka gas masak rumahnya.

Katanya, polis yang tiba di lokasi kejadian kemudian memecahkan pintu rumah sebelum menemui suspek yang sudah mati tergantung di kipas bilik tidur utama rumah.

Pihak bomba juga dipanggil ke lokasi kejadian bagi memastikan keadaan terkawal.

Sumber : Metro

Related Posts :

0 Response to "Video: Suami tetak mati isteri sebelum gantung diri"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect