REMAJA DI DAKWA KERANA LAWAN PEROGOL


Denmark – Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun didenda kerana menggunakan senjata terlarang iaitu penyembur lada untuk mempertahankan diri daripada dirogol, semalam.

Menurut laporan Local Denmark, remaja tersebut mendakwa seorang lelaki menyerangnya kira-kira jam 10 malam dan cuba membuka pakaiannya.

Perogol bagaimanapun melarikan diri selepas disembur dengan penyembur lada.

Jurucakap polis, Knud Kirsten memberitahu memiliki atau menggunakan penyembur lada atau pepper spray adalah dilarang dan remaja tersebut bakal didenda 500 kroner (RM309.47).

Sementara itu, stesen TV tempatan, TV Syd pula memaklumkan orang awam yang mengetahui nasib malang remaja tersebut kemudian mula mengumpulkan dan untuk menolong remaja terbabit membayar denda.

Related Posts :

0 Response to "REMAJA DI DAKWA KERANA LAWAN PEROGOL"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect