PEGAWAI POLIS WANITA LEPASKAN 'KASANOVA' DARI PENJARA


Georgetown – Pegawai polis wanita, Asisten Superintendan L Chandkumary, 58, dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini kerana melepaskan tahanan ‘kasanova’ pada 2013.

Majistret Diannee Ningrad Nor Azahar membuat keputusan itu selepas pihak pembela gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes terbabit.

Bagi pertuduhan pertama, Chandkumary didakwa mengikut Seksyen 225A(1)(a) Kanun Keseksaan kerana melepaskan tahanan.


Bagi tuduhan kedua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 182 kanun sama kerana membuat laporan palsu dan dia dihukum penjara enam bulan kerana kesalahan itu.

Kedua-dua hukuman itu berjalan serentak dari tarikh sabitan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Talib manakala tertuduh diwakili Dr N Ahilan dan V Parthipan, lapor Harian Metro.

Related Posts :

0 Response to "PEGAWAI POLIS WANITA LEPASKAN 'KASANOVA' DARI PENJARA"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect