Ketua gangster paling berbahaya yang hidup seperti haiwan dalam gunung selama 20 tahun diberkas polis antimafia

Polis antimafia Itali memberkas dua ketua gangster yang lesap dengan seorang daripadanya hilang sejak hampir 20 tahun lalu selepas didapati ‘hidup seperti haiwan’ apabila bersembunyi di dalam pergunungan di Reggio Calabria, selatan Itali dengan kelengkapan senjata.

Giuseppe Ferraro, 47, dan Giuseppe Crea, 37, kedua-duanya ahli tertinggi kumpulan jenayah yang berkuasa dan kaya, ‘Ndrangheta, berada dalam senarai buruan paling berbahaya Itali, kata polis kepada AFP. 

Ketua gangster paling berbahaya yang hidup seperti haiwan dalam gunung selama 20 tahun diberkas polis antimafia

Ketua gangster paling berbahaya yang hidup seperti haiwan dalam gunung selama 20 tahun diberkas polis antimafia

Ferraro yang didapati bersalah secara in absentia (tanpa kehadirannya) dalam beberapa siri pembunuhan kejam dan digambarkan sebagai ‘amat berbahaya’ oleh polis, berjaya melesapkan diri selama 18 tahun.

Manakala Crea, dikehendaki kerana pembabitan dengan mafia dan peras ugut, menghilangkan diri sejak 10 tahun lalu.

Ferraro turut dipercayai terbabit menembak mati saingannya, Domenico Bonarrigo dalam perang antara geng. Orang suruhan Bonarrigo kemudian membalas dendam dengan membunuh Francesco Raccosta yang dipercayai pembunuh Bonarrigo, apabila diberi makan hidup-hidup kepada babi pada 2013.

Pendakwa raya Federico Cafiero De Raho berkata: “Mereka bersembunyi dalam kubu konkrit terselindung di sebalik semak dan pokok tebal,” katanya.

Gangster itu hidup seperti haiwan, sejuk dan terputus hubungan dengan masyarakat, tetapi masih mempunyai cukup pengaruh untuk mentadbir urusan kumpulan mereka.”

Polis yang menyerbu kubu mereka menemui koleksi senjata ringan termasuk koleksi pistol yang digantung di dinding.

Gambar disiarkan polis menunjukkan seorang daripada mereka berbaju hitam dan jaket coklat ketika ditangkap, dengan beberapa kotak tomato ceri dan termos dilihat bersebelahan sinki dapur di belakangnya.

‘Ndrangheta terkenal kerana mengawal sebahagian besar perdagangan kokain di dunia, dengan polis menggambarkan kumpulan itu sebagai sindiket paling aktif, terkaya dan paling berkuasa di Eropah.

“Hari ini, satu lagi hari yang baik untuk negara, kerana keadilan sekali lagi menang dan dilakukan dengan begitu hebat,” kata Menteri Keadilan Itali, Angelino Alfano dalam satu kenyataan.

Sumber : Metro

Related Posts :

0 Response to "Ketua gangster paling berbahaya yang hidup seperti haiwan dalam gunung selama 20 tahun diberkas polis antimafia"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect