Dato Vida nak jaring gol pula warna pink

Dr Vida mahu jaring gol merah jambu

Dr Vida mahu jaring gol merah jambu

Bukan saja Stadium Sultan Muhammad IV dihiasi dengan merah jambu, malah penggunaan warna asas produk kecantikan Qu Puteh turut diterapkan di atas padang.

Penaja utama Kelantan, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman, berkata perkara itu sudah dibincangkan dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa untuk menggantikan jaring gol di stadium keramat itu dengan warna merah jambu.

Hasmiza atau lebih dikenali Dr Vida berkata, beliau mahu warna merah jambu lebih menonjol bukan sekadar pada stadium dan lampu, malah turut diterapkan di atas padang selain dihiasi dengan jersi Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW).

“Pihak KAFA sudah bersetuju untuk mempertimbangkan permintaan saya itu kerana banyak lagi perkara perlu teliti untuk dicantikkan. Saya mahu jaring gol berwarna merah jambu supaya nampak lebih ‘striking’ ditambah pula dengan pancaran lampu ‘Pamoga Qu Puteh’.

“Alang-alang kita sudah tukar stadium dan jersi warna merah jambu, apa salahnya kita ganti jaring gol kepada warna sama. Kita sudah lama mengguna jaring warna putih sama seperti pasukan lain, jadi biarlah kita cuba tukar warna merah jambu pula.

“Saya rasa tiada masalah dan tidak menjadi satu kesalahan. Sudah banyak pasukan luar negara turut melakukan perkara sama dan ia ternyata memang sangat menarik,” katanya.

Dr Vida turut mengalu-alukan syarikat pembekal jaring gawang gol di negara ini untuk mengemukakan senarai sebut harga kepada beliau dengan segera memandangkan aksi Liga Super semakin hampir.

“Kita akan pertimbangkan mana-mana pembekal yang tampil dengan sampel yang berkualiti dan berbaloi dengan harganya. Kita perlu pasang sebelum perlawanan sepak mula,” katanya.

BH Sukan sebelum ini melaporkan sebanyak RM1 juta akan dibelanjakan bagi mengubah wajah Stadium Sultan Muhammad IV, termasuk mengecatnya dengan warna merah jambu.

Stadium berkenaan akan dijadikan sebagai mercu tanda baharu pelancongan di negeri ini apabila bukan saja dicat warna merah jambu, malah mempunyai rekaan tersendiri dengan dihiasi lampu yang berwarna sama.

Kerja pembersihan dan mengecat stadium mengikut ilham Dr Vida itu sudahpun dilakukan sejak minggu lalu dan dijangka akan disiapkan sebelum sepak mula Liga Super 2016 pada 13 Februari ini.

Sumber: BH Online

Related Posts :

0 Response to "Dato Vida nak jaring gol pula warna pink"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect