Anak sihat, pintar dan berduit, tahukah anda susu ibu telah selamatkan dunia RM1.2 trilion?

Menyusu bayi boleh menyelamatkan ekonomi dunia sebanyak US$300 bilion (RM1.2 trilion) dalam setahun apabila anak membesarkan lebih pintar dan mampu berpendapat tinggi, kata kumpulan penyelidik hari ini.

Susuan ibu boleh menghalang 800,000 kes kematian bayi dan juga menyelamatkan 20,000 kes barah payudara setiap tahun.

“Penyusuan boleh menyelamatkan nyawa dan wang di semua negara, kaya atau miskin sama saja,” kata Cesar Victora, dari Federal University of Pelotas di Brazil, seorang daripada beberapa pengarang kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan terkenal The Lancet.

Anak sihat, pintar dan berduit, tahukah anda susu ibu telah selamatkan dunia RM1.2 trilion?

Anak sihat, pintar dan berduit, tahukah anda susu ibu telah selamatkan dunia RM1.2 trilion?

Kesimpulan ini diperolehi daripada analisa 28 semakan kajian sains dan analisis meluas yang meneliti manfaat-manfaat kesihatan dan ekonomi penyusuan ibu.

Pengarang-pengarang ini menyebut analisis yang mereka hasilkan paling perinci dan terbesar pernah dijalankan setakat ini.

Kajian mereka ini menyimpulkan penyusuan boleh melanjutkan usia dengan ketara. Di negara berpendapatan tinggi, amalan ini mengurangkan kematian mengejut bayi sehingga 33.3 peratus.

Di negara berpendapatan rendah dan sederhana pula, penyusuan boleh menghalang separuh kes cirit-birit dan menyekat satu pertiga kes-kes jangkitan pernafasan.

Semuanya, kira-kira 800,000 nyawa kanak-kanak boleh diselamatkan setiap tahun — jumlah ini bersamaan 13 peratus daripada jumlah kematian bawah umur dua tahun.

“Penyusuan juga meningkatkan kepintaran anak,” kata kenyataan pengarang-pengarang tersebut.

Pemodelan dalam siri kajian mereka menganggarkan kerugian ekonomi dunia — akibat kelemahan mental anak yang tidak menyusu — boleh mencecah US$300 bilion (RM1.2 trilion) pada 2012, atau lebih kurang separuh pendapatan negara kasar dunia.

Tahun lalu, satu kajian dalam jurnal The Lancet Global Health menyatakan penyusuan ibu boleh meningkatkan kepintaran ketika dewasa, dapat menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi dan menyumbang pendapatan lebih baik, tanpa mengira latar belakang keluarga.

Kajian itu menjejak perkembangan 3,500 responden di Brazil dalam tempoh 30 tahun sejak seseorang itu dilahirkan.

Siri baru kajian menunjukkan melanjutkan tempoh penyusuan di Amerika Syarikat, China, Brazil dan Britain mampu mengurangkan kos rawatan penyakit-penyakit yang lazim dialami kanak-kanak seperti radang paru-paru, cirit-birit dan lelah.

Di Amerika Syarikat, penjimatan daripada kos rawatan ini mencecah US$2.45 bilion (RM10.16 bilion), Britian US$29.5 juta (RM122.35 juta), China US$223.6 juta (RM927.35 juta) dan Brazil US$6 juta (RM24.88 juta).

Sumber : Malay Mail

Related Posts :

0 Response to "Anak sihat, pintar dan berduit, tahukah anda susu ibu telah selamatkan dunia RM1.2 trilion?"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect