Shah Rezza Tak Anggap Jadi 'Pak Guard' Rendahkan Statusnya


Selepas mengambil keputusan mahu kembali aktif semula dalam dunia lakonan sejak tahun lalu, terbaharu pelakon era 80-an, Datuk Seri Shah Rezza muncul dalam drama bersiri yang kini semakin menjadi fenomena berjudul Tuan Anas Mikael. Dalam siri tersebut, beliau memengang watak sebagai pengawal keselamatan.
Memetik laporan mStar online, Shah Rezza atau nama sebenarnya Raja Shah Zurin Raja Aman Shah, 54, bagaimanapun menganggap watak yang dilakonkannya itu tidak merendahkan statusnya sebagai bintang senior dan seorang yang disegani.
Sebaliknya berkata, sebagai seorang pelakon dia lebih teruja apabila diberi tanggungjawab untuk membawakan watak yang tidak berkaitan dengan diri dan kehidupannya di luar.
"Apa salahnya jadi pak guard? Bagi saya, melakonkan watak yang berlainan dengan diri kita adalah erti pelakon sebanar. Saya tidak kisah dan bersedia diberikan apa sahaja watak.
"Kalau dilihat sejak saya aktif sekitar 80-an pun watak saya hanya watak pembantu sahaja bukan watak-watak besar pun. Jika dikatakan tidak sesuai atau setaraf dengan kedudukan saya sekarang itu adalah silap kerana saya tidak pernah membezakan taraf kehidupan saya dengan orang lain," ujarnya yang juga merupakan Pengerusi Festival Fesyen Islam (IFF).
Shah Rezza (kanan) bersama mereka yang terlibat dalam drama Tuan Anas Mikael siaran Astro Ria.Shah Rezza (kanan) bersama mereka yang terlibat dalam drama Tuan Anas Mikael siaran Astro Ria.
Tuan Anas Mikael di Astro Ria. Drama itu disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam.
Drama adaptasi novel tersebut diterbitkan oleh Pena Creative Pictures Sdn Bhd milik Ziela Jalil dan diterajui oleh Aaron Aziz, Zara Zya, Raja Ilya dan Datuk Jalaluddin Hassan.

Related Posts :

0 Response to "Shah Rezza Tak Anggap Jadi 'Pak Guard' Rendahkan Statusnya"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect