Kevin Zahari Bersyukur Akhirnya Khatam Al-Quran


Personaliti TV yang juga jurulatih dan perunding pemakanan dan kecergasan terkenal, Kevin Zahri Abdul Ghaffar lega dan bersyukur kerana azam dan usahanya sejak empat tahun lalu iaitu mahu khatam al-Quran buat pertama kali tercapai pada 18 November lalu.
Kevin berkongsi berita gembira tersebut serta satu rakaman video sesi mengaji menerusi laman sosial Facebook miliknya.
Menerusi status tersebut, tulis Kevin, dia bersyukur kerana akhirnya azamnya itu dapat direalisasikan meskipun pada usianya 37 tahun.
..
Dia yang sebelum ini dibesarkan di Jerman mengakui kurang pendekatan dari segi belajar membaca Al-Quran. Di usia 13 tahun dia dan keluarganya berpindah ke Malaysia dan barulah dia mula belajar Bahasa Melayu dan membaca muqaddam.
Namun disebabkan terpaksa melalui beberapa perpindahan ke pelbagai sekolah menengah berasrama, usahannya mahu khatam Al-Quran sering terhenti setengah jalan.
Tamat sekolah menengah, dia melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Sekembalinya dia ke tanah air pada tahun 2002, dia berusaha untuk mengaji semula dengan tunjuk ajar ustaz yang datang mengajar di rumahnya tetapi usaha tersebut tidak berterusan.
Setelah mendirikan rumah tangga dengan Rio Elani pada April 2010 dan dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama Rafael Zahri, dia kemabli nekad mahu melengkapkan perjalanan untuk khatam Al-Quran.
Kevin memberitahu dia mengambil masa selama dua tahun dan dalam tempoh itu dia mengikuti kelas mengaji sebanyak dua kali seminggu. Dia belajar mengaji dengan bantuan seorang ustazah yang dikenali sebagai Sheila Ezan.
Lebih istimewa, tarikh Kevin berjaya khatam Quran juga sama dengan tarikh ulang tahun kelahiran arwah ibunya yang ke-70.
..

Related Posts :

0 Response to "Kevin Zahari Bersyukur Akhirnya Khatam Al-Quran"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect