Perkara ini dihebahkan oleh Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) melalui laman Twitternya di mana menurut mereka semua laluan terhalang.
7.08pm KL-KARAK : Laluan alternatif dari Kuantan keluar ke P'simpangn Bentong manakala dari Kuala Lumpur keluar ke P'simpangn Genting Sempah
7.04pmKL-KARAK : Tanah runtuh KM52.4 (Lentang-Bkt Tinggi). Kesemua laluan terhalang, trafik sesak kedua arah. Patuhi arahan pegawai bertugas
Menurut LLM lagi, trafik dari kedua-dua arah sesak kerana tanah runtuh telah menyebabkan laluan terhalang dan orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi arahan pegawai bertugas.
Untuk mereka yang melalui jalan berkenaan boleh menggunakan laluan alternatif dari Kuantan keluar ke persimpangn Bentong manakala dari Kuala Lumpur keluar ke persimpangn Genting Sempah.
Sementara itu menurut laporan The Star, terdapat beberapa kereta tertimbus di dalam kejadian itu.
“Saya baru sahaja bercakap dengan beberapa pegawai, terdapat beberapa buah kereta tertimbus di bawah tanah runtuh,” kata ketua bahagian trafik Kumpulan Media Radio Star, Priscilla Patrick.
Kesan runtuhan dijangka tidak akan dapat dibersihkan malam ni, tambahnya lagi.
UPDATE. (Kami akan kemaskini dari semasa ke semasa)
Polis sahkan kejadian tanah runtuh tidak melibatkan kehilangan nyawa.
Menurut seorang pengguna Twiter @FadhLiXZahari memberitahu jalan lama Karak buat masa ini tidak dapat dilalui kerana pokok tumbang.
Pihak LLM meminta orang ramai yang ingin melalui jalan atau kawasan ini diminta untuk menangguhkan perjalanan terlebih dahulu.
IPD Bentong sah jln lama juga tdk blh dilalui. P'guna diminta buat U-turn & tangguh prjlnan KL-Pantai Timur-KL.
0 Response to "[KEMASKINI 12/11/15] (11 GAMBAR) TANAH RUNTUH DI KILOMETER 52.4 LEBUHRAYA KL-KUANTAN, SEMUA LALUAN TERHALANG"
Post a Comment