GAMBAR HIASAN
SUNGAI PETANI – Seorang remaja berdepan detik hitam apabila dicabul dan dir0g0l sekumpulan remaja dalam kejadian di Bandar Amanjaya, 12 Ogos lalu.
Mangsa yang dipercayai berusia 17 tahun mendakwa ditarik menaiki motosikal bersama empat rakan perempuan dengan menggunakan dua motosikal dalam kejadian kira-kira jam 9.45 malam.
Sampai ke satu lokasi, mangsa cuba untuk terjun dari motosikal terbabit, namun dipaksa naik semula sehingga dibawa ke suatu kawasan belukar dekat Amanjaya.
Dia dikatakan ditumbuk dan ditendang sebelum seorang rakan wanita menghubungi rakan remaja lelaki yang kemudian tiba ke lokasi bersama empat orang kesemuanya.
Mangsa yang ditutup matanya cuba melawan dan bergelut, namun dicabul dan dir0g0l sebelum diugut gambarnya akan disebarkan di laman sosial sekiranya mendedahkan kejadian itu.
Selepas kejadian, dia dihantar ke rumahnya semula dan menceritakan kejadian kepada ibunya yang kemudian membuat laporan polis.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Mohd Sabri Muhammad berkata, polis menjalankan siasatan selepas menerima laporan pengadu.
Menurutnya, setakat ini empat remaja lelaki dan empat remaja perempuan ditahan reman sehingga 18 Ogos 2015 bagi membantu siasatan.
"Kesemua suspek berusia lingkungan antara 16 hingga 18 tahun dan motif kejadian masih dalam siasatan.
"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan mendatangkan cedera, Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana mer0g0l," katanya.
0 Response to "Saya ada perkara yang ingin dikongsikan. Tiada niat mahu mengaibkan diri ataupun orang lain. Tetapi boleh dijadikan sebagai pengajaran kepada yang lain terutamanya golongan wanita yang sedang mencari kerja. Maghrib, jam 7.39 malam, saya menerima panggilan temuduga. Setiap kali ada panggilan temuduga, saya sangat teruja dan memberikan respon yang positif. Seorang lelaki muda berbangsa Cina, mencari Exclusive PA Cum Admin. Menurutnya, dia ada menerima resume saya tetapi tiada gambar disertakan. Pelik, selalunya bila saya hantar resume dalam format pdf, mustahil tiada gambar. Saya kemudian menawar diri untuk menghantar resume sekali lagi dan meminta alamat e-melnya. Saya sertakan salinan perbualan kami dan anda nilaikanlah sendiri. Saya mungkin lurus bendul dan tidak faham dengan niat dia kerana mungkin saya terlalu fokus mencari kerja. Saya juga menyangkakan soalan-soalan yang diajukan itu adalah soalan temuduga untuk jawatan PA. Mujur ada rakan yang menasihatkan saya agar tidak terperangkap dan cuba mendapatkan maklumat individu ini. Malangnya, saya gagal mendapat sebarang maklumat mengenai dirinya sampai ke sudah. Ekoran itu, saya terus menyekat nombornya. Saya bukanlah terlalu terdesak untuk mencari pekerjaan. Saya harap anda tidak salah faham dengan perkongsian ini. - Pengadu"
Post a Comment