Inilah Jawapan Paling 'WIN' David Teo Dakwaan Video 'Threesome' Antara Atikah Suhaime Dengan Dua Aktor Lelaki Yang Jadi Viral Dilaman Sosial...


$%Ketua Pegawai Eksekutif syarikat perfileman Metrowealth International Group (MIG), David Teo enggan memberi komen lanjut mengenai dakwaan yang mengatakan pelakon dibawah naungan syarikatnya, Atikah Suhaime terlibat dalam video seks.

David Teo berkata demikian sebagai mengulas dakwaan yang mengatakan Atikah telah terlibat dalam sebuah video seks bersama pelakon Ammar Alfian dan juga Idris Khan yang mana ia telah tersebar serta menjadi perhatian umum sebelum ini.

"Dakwaan berkenaan sudah saya dengar semenjak beberapa bulan lalu. Ada beberapa pihak pernah menghubungi saya menyampaikan perkhabaran itu dan saya ada meminta salinan video tersebut. Tetapi sampai sekarang, saya tidak pernah melihat video itu," kata David.

Tambah David, dia menganggap dakwaan itu kekal sebagai gosip kerana dia belum mendapat bukti sahih yang mengatakan Atikah terlibat dalam video tersebut.

"Saya sendiri tak mahu komen lebih jika saya belum tengok video itu. Saya juga harus bertemu dengan Atikah untuk mendengar cerita dari pihaknya. Sehingga kini, saya masih belum berjumpa dengan dia (Atikah) kerana jadualnya padat. Saya akan berjumpa dengan dia secepat mungkin," kata David yang ditemui di majlis tayangan filem Badi.

Dalam pada itu, David berharap agar filem Badi mendapat tempat di hati peminat berdasarkan sambutan serta kutipan memberangsangkan yang diberikan khalayak penonton Malaysia terhadap filem Polis Evo dan Jwanita.

"Filem-filem tersebut seakan menjadi sinar kepada industri perfileman kini. Setakat inj, kutipan yang mereka perolehi sangat membanggakan. Saya berharap agar perkara ini kekal dan filem Badi juga akan mendapat perhatian penonton," kata David.

Filem ke-108 terbitan MIG itu menampilkan bintang-bintang baru seperti Azwan Kombos, Adiba Yunus, Hanif Safuan dan ramai lagi. Filem Badi arahan Eyra Rahman itu bakal ditayangkan pada 15 Oktober ini.


sumber asal

Related Posts :

0 Response to "Inilah Jawapan Paling 'WIN' David Teo Dakwaan Video 'Threesome' Antara Atikah Suhaime Dengan Dua Aktor Lelaki Yang Jadi Viral Dilaman Sosial..."

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect