PKPB: 93 SJR Di KL, Putrajaya, Selangor

Foto Sekadar Hiasan

M Update, 14/10/2020 – Sebanyak 93 sekatan jalan raya (SJR) dilaksana di ibu negara, Putrajaya dan Selangor pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), hari ini.

Jumlah itu membabitkan 64 SJR di Selangor, manakala 29 lagi di Kuala Lumpur dan Putrajaya. Seramai 1,600 pegawai dan anggota polis dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) terbabit penugasan itu. – Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin

Orang ramai dinasihati supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dan hanya keluar rumah sekiranya mempunyai urusan penting demi memutuskan rantaian penularan Covid-19. Jadi, mana-mana individu yang ingkar arahan PKPB ini akan dikenakan tindakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

PKPB di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya berkuat kuasa hari ini sehingga 27 Oktober susulan peningkatan kes Covid-19 sekali gus membendung penularan wabak itu.

The post PKPB: 93 SJR Di KL, Putrajaya, Selangor appeared first on M-Update.



source : M-Update

0 Response to "PKPB: 93 SJR Di KL, Putrajaya, Selangor"

Post a Comment