Video klip dikecam, tapi tetap trending no1

JIKA versi pertama lagu Abang Nak Tegur hebat dikecam, hanya kerana penyanyinya jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman berduet dengan Nur Sajat, namun nasib lagu ini berbeza setelah versi 2.0 apabila gandingan bersama isterinya Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid mendapat sambutan.

Ia terus mendapat sambutan biarpun klip videonya hanya dibuat di dalam bilik tidur.

Minggu lalu, secara rasminya, klip video Abang Nak Tegur dipertontonkan secara rasmi di laman YouTube.

Sejak hari pertama hingga hari ini, klip video lagu itu menjadi trending #no1.

Biarpun ramai yang menekan butang dislike iaitu seramai 99,000 berbanding hanya 42,000 yang like, namun lagu ini terus mendapat perhatian.

Penggambaran klip video lagu ini dibuat di Sepanyol di bawah arahan oleh Yusry Abdul Halim menelan belanja ratus ribu ringgit.

Klip video ini memaparkan duet asal Aliff Syukri bersama Nur Sajat dan di penghujung lagu ini, barulah beliau bersama Nur Shahida.

Lagu berentak catchy ala Latin ini adalah ciptaan Edry Abdul Halim telah mula menjadi tular apabila ramai yang tidak gemarkan nyanyian asal Aliff Syukri bersama Nur Sajat.

Setelah teruk dikecam, lagu ini dibuat versi kedua bersama isterinya bagi memenuhi kehendak peminatnya.



Sumber Video klip dikecam, tapi tetap trending no1

0 Response to "Video klip dikecam, tapi tetap trending no1"

Post a Comment