Nak bagi rasa kehidupan sebenar, ibu kenakan sewa rumah kepada anak umur 5 tahun

SEORANG ibu mendedahkan dia mengenakan sewa rumah kepada anaknya meskipun kanak-kanak berkenaan baru berusia lima tahun.

Essence Evans yang menulis dalam Facebooknya berkata, dia memberikan wang elaun sebanyak $7 setiap minggu kepada anak perempuannya dan kemudiannya daripada elaun itu, dia akan menolak $5 untuk bayaran sewa rumah termasuk air, elektrik, makanan dan televisyen.

Selepas ditolak semua sewa berkenaan, baki wang sebanyak $2 diberikan kepada anaknya.

“Strategi ini bukan hanya menyediakan anak saya kepada dunia sebenar tetapi apabila mereka melihat bil yang sebenar, mereka akan menghargai anda kerana memberikan diskaun yang banyak.

“Saya sebenarnya menyimpan duit sewa sebanyak $5 supaya bila dia besar nanti dan memutuskan untuk pindah, dia boleh menggunakan wang itu sebagai deposit,”katanya.

Namun kaedah yang digunakan oleh Evans ini mendapat pelbagai reaksi dengan ada yang menyokong tidak kurang pula mengecamnya disebabkan usia anaknya yang masih muda.

“Saya tidak akan berkongsi kisah ini dengan sesiapa pun sebab anda ibu yang teruk. Saya faham apa yang awak cuba lakukan tapi saya tidak akan paksa anak saya membayar untuk tempat tinggal yang menjadi miliknya.

“Pada pandangan saya apabila anak lelaki saya berusia 16 tahun, saya akan suruh dia mencari kerja untuk keperluannya sendiri,” demikian tulis netizen.

 

Sumber: MYNEWSHUB.CC



Sumber Nak bagi rasa kehidupan sebenar, ibu kenakan sewa rumah kepada anak umur 5 tahun

0 Response to "Nak bagi rasa kehidupan sebenar, ibu kenakan sewa rumah kepada anak umur 5 tahun"

Post a Comment