Jauhi The Beach Club di KL, amaran AS kepada rakyatnya

Kedutaan AS berkata, ada kes meletak dadah atau alkohol dalam minuman secara terancang yang menyasarkan warga asing di kelab itu.

beach-club-kl-malaysiaPETALING JAYA: Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur memberi amaran kepada rakyatnya untuk mengelak pergi ke kelab popular, The Beach Club di Jalan P Ramlee kerana mendakwa ada kes “meletak dadah atau alkohol dalam minuman secara terancang” yang menyasarkan warga asing.

“Larangan ini bukan berdasarkan satu kejadian, tetapi ia dilakukan selepas satu kajian semula secara berhati-hati ke atas beberapa kejadian lama di tempat itu,” menurut kenyataan dikeluarkan kedutaan itu hari ini.

Katanya, premis itu secara rasmi menjadi “kawasan larangan kepada semua diplomat Amerika, susulan satu kejadian sama pada 2015”.

Kedutaan itu menasihatkan rakyatnya mengelak menunjukkan kekayaan seperti barang kemas dan jam tangan, selain tidak berjalan atau memandu pada waktu malam.

Ia turut menasihatkan rakyatanya berwaspada ketika berada di tempat yang sering dikunjungi pelancong barat.

Notis yang dikeluarkan hari ini ialah amaran ke-2 dikeluarkan Kedutaan AS melarang rakyatnya mengunjungi The Beach Club.

FMT masih menunggu respons kelab itu.

Kerajaan AS sering memberi amaran kepada rakyatnya di luar negara berdasarkan maklumat mereka mungkin menjadi sasaran serangan.

Pada 2015, warga AS di KL diberi amaran menjauhi Jalan Alor, daerah popular pelancong di Bukit Bintang kerana bimbang dengan serangan pengganas.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Jauhi The Beach Club di KL, amaran AS kepada rakyatnya

0 Response to "Jauhi The Beach Club di KL, amaran AS kepada rakyatnya"

Post a Comment