Video: “Thank you sebab awak betul-betul dah menghancurkan hidup saya” – Natasha Elyzza luah rasa kesal sambil menangis

Video: "Thank you sebab awak betul-betul dah menghancurkan hidup saya" - Natasha Elyzza luah rasa kesal sambil menangis

Video: “Thank you sebab awak betul-betul dah menghancurkan hidup saya” – Natasha Elyzza luah rasa kesal sambil menangis

Hujung minggu ini hangat dengan kisah satu rakaman siaran Bigo Live viral memaparkan pelakon Natasha Elyzza dan seorang wanita mirip pelakon Fathia Latiff menari seksi sehingga menampakkan payudara. 

Dalam satu rakaman Bigo Live terbaru yang tersebar di YouTube, Natasha secara sinis mengucapkan terima kasih kepada individu yang membuat rakaman dan menyebarkan siaran langsung itu yang disifatkan telah memusnahkan hidupnya.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Natasha menyifatkan yang kariernya telah berakhir, dan menyatakan dia mungkin tidak akan diberi peluang berlakon selepas ini dan hidup merempat. Dalam rakaman itu, Natasha menyuarakan kekesalannya terhadap individu itu dan dlihat cuba mengenal pasti individu itu dengan bertanya kepada penonton-penintonnya di Bigo Live.

Dia juga meminta supaya penontonnya membuat laporan mengenai video viral tersebut yang tersebar di Facebook, termasuk memadam dan berhenti mengongsikan video tersebut.

Dalam rakaman itu, Natasha mendakwa dipersalahkan oleh semua orang termasuk wartawan.

Dia juga menegaskan bahawa ‘Fathiya’ sudah tiada bersamanya dan kemudian menegaskan berkali-kali wanita seksi yang menari sehingga menampakkan payudara itu bukan Fathiya Latiff.

Dalam video itu juga kedengaran suara orang lelaki yang tidak kelihatan mempertahankan tindakan Natasha membuat siaran langsung tersebut dan mempersalahkan mereka yang merakam dan menyebarkannya. Video terbaru itu oleh ditonton di bawah:

Pada pendapat penulis, Natasha seharusnya tahu dan bertindak bijak. Kita tidak sepatutnya percaya pada orang asing yang tidak dikenali dalam kehidupan sebenar mahu pun di Internet. Kecanggihan teknologi masa kini membolehkan apa saja dirakam dan disebarkan, apatah lagi jika ia melibatkan selebriti.

Di harap ini akan menjadi pengajaran buat Natasha mahu pun mana-mana selebriti lain yang bertindak serupa di masa akan datang.- beautifulnara.com

Sumber gambar: Instagram Natasha Elyzza

 


Sumber Video: “Thank you sebab awak betul-betul dah menghancurkan hidup saya” – Natasha Elyzza luah rasa kesal sambil menangis

0 Response to "Video: “Thank you sebab awak betul-betul dah menghancurkan hidup saya” – Natasha Elyzza luah rasa kesal sambil menangis"

Post a Comment