Video: Presiden baru KAFA, Bibi Ramjani tunai janji bayar tunggakan gaji 28 jurulatih dan pemain

PRESIDEN Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Bibi Ramjani Ilias Khan mengambil langkah pertama selepas 48 jam menjawat jawatan itu dengan melunaskan tunggakan dua bulan gaji 28 jurulatih dan pemain Piala Presiden Kelantan di sebuah hotel di Kota Bharu, hari ini.

 

 

Video: Presiden baru KAFA, Bibi Ramjani tunai janji bayar tunggakan gaji 28 jurulatih dan pemain

Video: Presiden baru KAFA, Bibi Ramjani tunai janji bayar tunggakan gaji 28 jurulatih dan pemain

 

Lebih menarik, usahawan wanita itu sanggup mengeluarkan duit poket sendiri untuk membayar tunggakan gaji berkenaan.

Bibi Ramjani berkata, pembayaran tunggakan gaji itu membabitkan Julai dan Ogos.

Katanya, langkah awal itu diambil untuk memberi semangat kepada pasukan yang bertemu dengan pasukan Negeri Sembilan, Khamis ini.

“Malam tadi saya baru bermesyuarat dengan barisan kepemimpinan baru KAFA dan saya buat keputusan untuk selesaikan dahulu tunggakan dua bulan gaji skuad Piala Presiden sebagai langkah pertama.

“Sekurang-kurangnya melalui inisiatif ini mereka akan lebih bersemangat untuk berdepan Negeri Sembilan nanti,” katanya selepas bertemu dengan jurulatih dan pemain Piala Presiden Kelantan di Kota Bharu, hari ini.

Ditanya mengenai jumlah keseluruhan tunggakan, Bibi Ramjani enggan mendedahkan perkara itu.

Mengenai tunggakan gaji pemain Liga Super, Bibi Ramjani berkata, dia memerlukan masa untuk meneliti perkara itu.

“Saya akan ke Johor hari ini dan akan cuba jumpa pemain sebelum ‘game’ dan kita akan bincang mengenai perkara itu,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Bibi Ramjani dipilih menjawat jawatan Presiden KAFA dalam Kongres Tahunan KAFA ke-63, Ahad lalu dengan selepas menewaskan Naib Presiden KAFA musim ini, Datuk Mohamad Nasir Hamzah.

Pada masa yang sama, Bibi Ramjani menggesa beberapa penaja KAFA melunaskan bayaran penajaan membabitkan lebih RM1 juta untuk membantu pasukan Kelantan.

“Pemain sudah jalankan tanggungjawab (promosi penaja) dan kita harap penaja juga dapat lakukan perkara sama. Sebab kini hanya tinggal baki tiga ‘game’ sahaja.

“Sikit sikit pun tak pe untuk kita bayar gaji pemain,” katanya.

 

 

 

 

Sumber: Metro



Sumber Video: Presiden baru KAFA, Bibi Ramjani tunai janji bayar tunggakan gaji 28 jurulatih dan pemain

0 Response to "Video: Presiden baru KAFA, Bibi Ramjani tunai janji bayar tunggakan gaji 28 jurulatih dan pemain"

Post a Comment