SEBAK hati kami membaca coretan seorang ibu yang kehilangan anaknya dalam kejadian kebakaran sekolah tahfiz Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang berlaku 14 September lalu ini.
Di kala ramai yang marah serta mengecam pelaku-pelaku juvana ini termasuklah ibu salah seorang pelajar yang terkorban iaitu, Muhammad Fahmie Abdullah, 11, yang mengakui tidak mahu memaafkan kesalahan kesemua suspek, ibu ini langsung tidak menyimpan dendam.
Hanya dikenali sebagai Kak Nen, meskipun tragedi itu telah meragut nyawa anak kesayangannya, Muhammad Daniel Md Amin, 14, namun dia dengan besar hatinya telah memaafkan ketujuh-tujuh suspek yang menjadi dalang kebakaran tersebut.
Berkongsi luahan rasanya menerusi Facebook, Kak Nen telah membuatkan ramai tersentuh dengan kemuliaan hatinya itu.
“Terima kasih buat mereka semua kerana dah jadikan anak saya anak syurga. Saya maafkan mereka semua. Semoga Allah beri hidayah buat mereka dan jadikan mereka diantara anak-anak yang soleh lagi bertaqwa. Aamiin….,” tulisnya.
Kesabaran dan keredhaan Kak Nen menghadapi cabaran sebesar itu menjadi inspirasi kepada ibu-ibu lain yang turut berkongsi perasaan sedih atas pemergian anaknya dengan cara yang begitu tragis.
Majoriti daripada netizen memberikan komen berbentuk pujian kepada Kak Nen kerana terlalu kagum dengan ketulusan hatinya.
“Wan Norsharmilawati Abdul Jalil: Saya kagum dengan ketabahan akak…semoga arwah tunggu di syurga…”
“Syazrah Kipli: Tahniah kak… Akak idola saya.. Kalau saya, saya tak tau apa reaksi saya apapun Takziah kak dari saya sekeluarga moga akak terus tabah ya..”
“Nen Dsign: Siapalah kita disisi Allah untuk tidak memaafkan orang lain. Sedangkan Allah itu lagi Maha Mengampuni.”
“EmMa SY: Kuat dan tabahnya Kak Nen…… Amin..”
“Nurul Elmi: Allahuakbar..tabahnye akak..salam takziah kak.”
“Yuti Aprilianfi: Mulianye hati seorang ibu….izin share ye umi…”
“Rashrina Kamaruddin: Alhamdulillah..syukur..Nen Dsign sememangnya In Shaa Allah..layak bersama anakanda tercinta di syurga firdausi…⚘⚘⚘”
“Irfan Asyraf El-Kuisy: Subhanallah akhlak puan tersangat indah & mulia. Insyaallah Allah angkat darjat puan dan almarhum daniel serta keluarga.”
Meskipun anak telah meninggal dunia dalam keadaan yang tragis, namun ibu ini masih mampu memaafkan pembunuh anaknya, malah mendoakan mereka agar mereka menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.
Subhanallah…Begitulah mulianya akhlak seorang ibu yang yakin dengan percaturan Allah swt. Tidak menyimpan dendam, malah memaafkan!
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Sumber “Umi maafkan kamu semua, terima kasih buat mereka kerana jadikan anak saya anak syurga” – Ibu mangsa kebakaran pusat tahfiz
0 Response to "“Umi maafkan kamu semua, terima kasih buat mereka kerana jadikan anak saya anak syurga” – Ibu mangsa kebakaran pusat tahfiz"
Post a Comment