Tujuh remaja ditahan, kes bakar tahfiz selesai, kata polis (VIDEO)

Amar berkata semua suspek sudah dibawa ke mahkamah dan dikenakan reman selama tujuh hari bermula hari ini. ― Foto BernamaAmar berkata semua suspek sudah dibawa ke mahkamah dan dikenakan reman selama tujuh hari bermula hari ini. ― Foto BernamaKUALA LUMPUR, 16 Sept ― Insiden kebakaran sekolah tahfiz yang mengorbankan 23 nyawa pada Khamis dikira “selesai” dengan penangkapan tujuh suspek, kata ketua polis Kuala Lumpur.

Datuk Amar Singh berkata remaja berumur 11 hingga 18 tahun itu ditahan di antara enam petang semalam dan 2.15 pagi hari ini.

“Dengan tangkapan tujuh individu ini, saya mengesahkan kes ini selesai dan tiada suspek lain yang ditahan,” katanya dalam satu sidang media di sini petang ini.

Beliau berkata polis merampas baju dan seluar yang dipakai suspek, juga topi keledar yang mereka gunakan.

Lima baju dan seluar, tiga telefon, empat topi keledar, dua motosikal Lagenda 115Z dan satu Suzuki RU 120 LU dirampas daripada suspek, katanya.

Amar berkata suspek sudah dibawa menjalani ujian air kencing dan enam daripada mereka didapati positif ganja.

Katanya, dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah iaitu memiliki senjata dan curi kenderaan.

Beliau berkata semua suspek sudah dibawa ke mahkamah dan dikenakan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

“Kami menyiasat kes ini di bawah Seksyen 302 dan Seksyen 435,” katanya merujuk dua kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.

Kesalahan membunuh Seksyen 302 boleh dijatuhi hukuman mati manakala Seksyen 435 boleh dipenjara maksimum 14 tahun dan denda.

Baca selanjutnya di Malay Mail Online.



Sumber Tujuh remaja ditahan, kes bakar tahfiz selesai, kata polis (VIDEO)

0 Response to "Tujuh remaja ditahan, kes bakar tahfiz selesai, kata polis (VIDEO)"

Post a Comment