Tidak mengaku curi, pelajar tahfiz cedera dipukul guru

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja sebelum dibawa ke Hospital Besut untuk rawatan lanjut. — Paparan skrin GooglMangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja sebelum dibawa ke Hospital Besut untuk rawatan lanjut. — Paparan skrin GooglBESUT, 17 Sept — Seorang pelajar tahfiz di sini cedera selepas dipukul dua gurunya dalam satu kejadian malam semalam.

Ketua polis Besut berkata mangsa berusia 12 tahun cedera di badan dan lengan selepas dituduh mencuri wang pelajar lain.

“Mangsa bersama ahli keluarga membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja sebelum dibawa ke Hospital Besut untuk rawatan lanjut.

“Kita menahan guru madrasah berusia 26 tahun yang dipercayai berada di dalam bilik warden untuk siasatan lanjut.

“Selain itu, kita turut mengesan seorang lagi guru yang dipercayai terbabit dalam kejadian berkenaan,” kata Supt Mohd Zamri Mohd Rowi kepada Harian Metro.

Beliau berkata mangsa tidak mengalami kecederaan serius namun rotan yang digunakan sudah dirampas bagi tujuan penyiasatan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera menggunakan senjata dengan sengaja.



Sumber Tidak mengaku curi, pelajar tahfiz cedera dipukul guru

0 Response to "Tidak mengaku curi, pelajar tahfiz cedera dipukul guru"

Post a Comment