Tidak kompromi permintaan longgar syarat permit - Johari

KUALA LUMPUR: "Saya tidak akan sesekali berkompromi dengan permintaan bagi melonggarkan syarat pemberian permit operasi pusat tahfiz di sini," kata Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Johari yang juga Menteri Kewangan II, berkata ia membabitkan lima pusat tahfiz di kawasan Parlimennya di sekitar Kampung Baru, Kampung Pandan dan Keramat.

Pada masa sama, katanya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menjalankan operasi penguatkuasaan yang lebih ketat berhubung isu berkenaan.

"Isu berbangkit membabitkan nyawa dan keselamatan penghuni.

"Ada pusat tahfiz terdapat satu sahaja pintu, ada yang mendakwa tiada dana untuk membuat pintu kedua dan ketiga.

"Saya akan pastikan isu seperti itu dapat ditangani, termasuk memberi peluang kepada pihak terbabit untuk berjumpa dengan saya (mendapatkan bantuan berkaitan).

"Malah, saya yakin orang ramai akan turut menghulurkan bantuan (sama)," katanya ketika ditemui di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di sini, malam ini.



Sumber Tidak kompromi permintaan longgar syarat permit - Johari

0 Response to "Tidak kompromi permintaan longgar syarat permit - Johari"

Post a Comment