Taufan Doksuri menuju Vietnam diramal berada pada tahap 12

Laporan terbaru Pusat Ramalan Kebangsaan Hidro-Meteorologi (NCHMF) pada semalam mengatakan kekuatan angin ialah 135km sejam.

Taufan-DoksuriHANOI: Taufan Doksuri yang sedang bergerak menuju Vietnam diramalkan berada pada tahap 11 hingga 12 (tahap maksimum 18) dengan kelajuan angin dijangka mencecah 150 km sejam, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Doksuri diramal mendarat tengah hari dan petang ini. Ia dijangka membadai wilayah tengah Vietnam termasuk wilayah Nghe An, Ha Tinh, Quang Binh dan Quang Tri.

Laporan terbaru Pusat Ramalan Kebangsaan Hidro-Meteorologi (NCHMF) pada semalam mengatakan kekuatan angin ialah 135km sejam.

NCHMF meramalkan curahan hujan sehingga 400mm di Ha Tinh, Quang Binh dan Quang Tri manakala kawasan lain sebanyak 300mm.

Banjir dijangka berlaku di wilayah Thanh Hoa hingga ke wilayah Quang Ngai antara Khamis dan Ahad.

Amaran banjir yang dicetuskan akibat hujan lebat turut membabitkan bandar Vinh, Ha Tinh, Dong Hoi, Quang Tri dan Hue.

Di wilayah Nghe An, sekolah ditutup sehingga taufan bergerak meninggalkan wilayah berkenaan.

Sementara di Thanh Hoa pula, pihak berkuasa di kawasan pergunungan diarahkan membuat perancangan memindahkan kira-kira 247,867 penduduk yang tinggal di kawasan berisiko berlakunya tanah runtuh dan banjir kilat.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



Sumber Taufan Doksuri menuju Vietnam diramal berada pada tahap 12

0 Response to "Taufan Doksuri menuju Vietnam diramal berada pada tahap 12"

Post a Comment