Sidang media khas Najib petang ini, adakah PRU bakal diumum?

Najib Razak

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan sidang media khas di Ibu pejabat Umno di Tingkat 39, Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang ini.

Sidang media khas itu akan dihadiri semua Ahli Majlis Tertinggi Umno pada jam 4.45 petang.

Justeru, lawatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke Perlis disingkatkan, manakala majlis menteri berkenaan pada waktu itu dibatalkan.

Butiran lanjut mengenai sidang media khas itu tidak dimaklumkan kepada pihak media.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Sidang media khas Najib petang ini, adakah PRU bakal diumum?

0 Response to "Sidang media khas Najib petang ini, adakah PRU bakal diumum?"

Post a Comment