“Saya pernah melalui pengalaman sebegini… tahu betapa MAHA HEBAT ujian sebegini…” – Datuk Seri Vida juga turut sedih, 2 anaknya juga korban kebakaran

MUNGKIN ada masih mengingati peristiwa hitam yang telah menimpa keluarga usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Vida pada tahun 2013 yang lalu.

 

 

“Saya pernah melalui pengalaman sebegini… tahu betapa MAHA HEBAT ujian sebegini…" - Datuk Seri Vida juga turut sedih, 2 anaknya juga korban kebakaran

“Saya pernah melalui pengalaman sebegini… tahu betapa MAHA HEBAT ujian sebegini…” – Datuk Seri Vida juga turut sedih, 2 anaknya juga korban kebakaran

 

 

Beliau yang juga mesra disebut sebagau DSV pernah kehilangan dua orang anak lelakinya dalam kejadian kebakaran di rumah penginapan pekerjanya dekat Meru Hill, Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak.

Justeru tidak hairanlah jika DSV turut terkesan dengan kejadian kebakaran yang menimpa pelajar Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada awal pagi Khamis lalu.

DSV bahkan telah memuat naik dua video asal yang telah disunting oleh pekerja Rizalman sendiri. Kapsyen yang ditulis oleh DSV itu juga sangat menyentuh hati.

 

“SAYA yang pernah melalui pengalaman sebegini… Tahu betapa MAHA HEBAT ujian sebegini… Saya terkenang… Dua anak yang sedang tunggu saya di Syurga… Syurga TERTINGGI seperti yang mereka selalu doakan,” tulisnya.

Anak DSV yang terkorban ialah Muhammad Eddie Zuhdie, 11, dan adiknya seorang lagi, Muhammad Edrie Zikrie, 10, serta seorang lagi pekerja syarikat itu, Muhammad Norsyamil Zaidi, 26.

Dikatakan ketika kejadian itu, Vida sedang berasa di Pulau Pinang atas urusan kerja dan telah menerima panggilan memaklumkan mengenai rumahnya yang terbakar.

Dalam kejadian yang berlaku pada sekitar empat tahun yang lalu, dua orang pekerjanya dapat menyelamatkan diri manakala seorang lagi dikatakan telah patah kaki.

“Hadapilah dengan kuat, memang kena hadap… Yang berlaku ini tidak banyak beza… kebakaran… Tapi 2 putera saya tak hangus… Lemas asap.. Fizikal mayat mereka… Tak tercalarpun…

“Walau rumah saya tu.. Jadi abu. Mereka dilindungi. Redha.. takwa, pasrah saja.. Untuk raih kejayaan dan hikmah baiknya.. ADA UJIANYER.. Al-Fatihah..

“Untuk anak2 tahfiz dan anak saya Eddy dan Edrie… Semoga semuanya ditempatkan di syurga tertinggi… Aminnn,” tulis DSV lagi pada akhir kapsyen itu.

Sebuah kereta Bentley dan kereta Perodua Kancil dan beberapa motosikal turut rosak dalam kebakaran. Hati ibu mana tidak sedih bila anak yang dikandungkan 9 bulan telah meninggalkannya dalam keadaan menyayat hati.

Jenazah dua anaknya dijumpai di dalam bilik air banglo itu dan dikatakan ketika itu mereka berdua masih lagi memakai baju Melayu yang sepatutnya menjadi pakaian ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri ketika itu.

Kebakaran itu juga telah menyebabkan separuh daripada sisi rumahnya telah musnah dan kini rumah itu masih lagi dijadikan tempat penginapan pekerjanya serta tempat beliau menyimpan kereta-kereta mewah miliknya.

Namun itu bukanlah penamat bagi Vida untuk terus berjaya. Kini, Vida lebih tabah menghadapi ujian hidup bersama dengan dua lagi anak kesayangannya iaitu Cik B dan Kachak.

 

 

 

Sumber: MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

 



Sumber “Saya pernah melalui pengalaman sebegini… tahu betapa MAHA HEBAT ujian sebegini…” – Datuk Seri Vida juga turut sedih, 2 anaknya juga korban kebakaran

0 Response to "“Saya pernah melalui pengalaman sebegini… tahu betapa MAHA HEBAT ujian sebegini…” – Datuk Seri Vida juga turut sedih, 2 anaknya juga korban kebakaran"

Post a Comment