KUALA LUMPUR: Kekecewaan Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin meraih sebarang pingat dalam acara 400m T20 (masalah pembelajaran) pada Sukan Paralimpik Rio 2016 sedikit terubat selepas membawa pulang emas dalam acara 800m Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (Para KL2017), hari ini.
Siti Noor Iasah terlepas peluang meraih gangsa di Stadium Olimpik Rio selepas pelari Poland, Barbara Niewiedzial merebahkan diri di garisan penamat ketika pelari negara itu hampir menamatkan saingan tempat ketiga kejohanan berprestij itu.
"Insiden itu mengajar saya untuk lebih kuat sehingga mampu menjalani latihan ketahanan dalam acara 800m biarpun acara kegemaran saya 400m.
"Saya menjalani latihan ketahanan dan stamina dalam masa kira-kira sebulan sebelum menyertai Para KL2017.
SITI NOOR IASAH meraikan kemenangannya dalam acara akhir 800 meter wanita kelas T20 Sukan Para Asean KL 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali
"Pada mulanya agar sukar untuk sesuaikan diri untuk acara 800m tapi akhirnya saya mampu melakukannya. Saya juga tidak berdepan masalah dalam pecutan kerana sudah banyak belajar daripada peristiwa sebelum ini.
"Mungkin selepas ini andai saya disenaraikan untuk Sukan Para Asia tahun depan, saya akan mengambil bahagian dalam dua acara berkenaan. Saya akan fokus untuk kedua-dua acara itu selepas ini," katanya hari ini.
Mengulas lanjut, Siti Noor Iasah berkata langkahnya mengambil bahagian dalam dua acara itu tidak ada kena mengena dengan desakan mana-mana pihak, sebaliknya dia melakukannya atas dasar peribadi.
Siti Noor Iasah dan rakan senegara, Maswinah Suanang unggul tanpa diberikan cabaran di Para KL2017 untuk memenangi emas dan perak 800m T20, masing-masing dengan catatan 2:34.12 dan 2:41.24, sementara gangsa milik Phoophaploy Wipha dari Thailand (3:01.80).-
Sumber Para KL2017: Siti Noor Iasah selesa beraksi acara 800m, 400m
0 Response to "Para KL2017: Siti Noor Iasah selesa beraksi acara 800m, 400m"
Post a Comment