Adik kepada selebriti terkenal Noor Neelofa iaitu Ameera Khan sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila meninggalkan komen yang menghentam orang Melayu.
Menerusi Instagram Rotikaya, portal hiburan itu telah memuatnaik gambar Ameera, Neelofa dan Nabila yang sedang berada di Itali.
Gambar itu telah mengundang reaksi negatif dari netizen kerana memperlihatkan Neelofa yang berseluar jeans tetapi koyak di bahagian lutut. Tidak terkecuali pakaian Ameera yang seksi menampakkan bahu serta kakinya walaupun tiga lagi yang lain memakai jaket tebal.
Ameera yang telah membaca komen-komen pada gambar itu telah meninggalkan komen dalam bahasa Inggeris yang menghentam orang Melayu yang memberi komen negatif pada gambar itu.
Katanya di penghujung komen itu, belum tentu netizen yang membaca komennya itu akan faham apa yang cuba disampaikannya.
Komen itu telah mengundang amarah netizen yang mempersoalkan kenapa Ameera memperlekehkan orang Melayu.
Ada juga netizen yang meminta supaya Ameera mengikut jejak langkah kakaknya supaya kembali bertudung dan menutup aurat.
Malah ada juga netizen yang meminta supaya Neelofa memberikan sehelai tudung dari Naelofar Hijab kepada adiknya itu.
Dalam pada itu, ramai juga netizen yang memuji penampilan kakak mereka iaitu Noor Nabila yang sering kelihatan sopan dan sederhana. Pandai Sharnaaz jaga isteri ya!
Sumber: Suria
Sumber Neelofa pakai jeans koyak: “Kebanyakan Melayu berfikiran sempit” – Adik Neelofa
0 Response to "Neelofa pakai jeans koyak: “Kebanyakan Melayu berfikiran sempit” – Adik Neelofa"
Post a Comment