Guru subjek Pendidikan Jasmani itu tular kerana memiliki fizikal tegap dan nyata mencuri perhatian ramai. Malah, jejaka yang menggunakan akaun Instagram @jimmyjejai ada memuat naik gambarnya yang tampil ‘sado’ di aplikasi berkenaan.
Jika sekali imbas, pasti ramai yang menyangka Jimmy atau nama sebenarnya, Ahmad Muzaimi Abdul Bakhtiar adalah model atau pelatih kecergasan atas tiket fizikal yang dimilikinya.
Bagaimanapun, pandangan itu nyata meleset apabila pemuda berusia 23 tahun yang mulai viral itu sebenarnya kini sedang mengikuti kursus amali sebagai guru di salah sebuah sekolah menengah selama empat bulan, bermula Mei lalu.
Kerap terima hadiah
Ditanya sejauh mana penerimaan anak ketiga daripada empat beradik ini berdepan dengan situasi sekarang, Jimmy nyata positif, memandangkan akses terhadap perkembangan media sosial kini sangat pantas dan tidak boleh disekat.
Walaupun pada peringkat awal, Jimmy mengakui kurang selesa dan tidak layak menerima perhatian kerana berlaku secara tiba-tiba selain tiada perkara yang mahu dikongsi.
“Lagi pula, saya bukanlah siapa-siapa, tiada kelebihan. Apa pun, saya hargai dan positif terhadap apa yang berlaku. Mujurlah, setakat ini, saya tidak terima sebarang komen atau gangguan yang pelik-pelik,” katanya ketika dihubungi Media Hiburan.
Berkongsi mengenai dirinya yang dikatakan sering menerima hadiah khasnya daripada pelajar, Jimmy tidak menafikan perkara tersebut.
“Saya hargai setiap pemberian mereka. Ada yang beri saya gambar yang siap dibingkaikan, baju, coklat dan sebagainya. Saya terima dengan hati terbuka. Malah ada ketikanya pelajar mahu bergambar dan berswafoto bersama,” Akui Jimmy.
Tambahnya, sejak gambarnya tular di media sosial, aplikasi Instagramnya juga bertambah lebih 2,000 pengikut setakat ini.
Dapat tawaran modeling,berlakon
Menyifatkan apa yang berlaku turut memberi rezeki, Jimmy yang sebelum ini pernah terlibat dalam beberapa projek modeling kembali mendapat tawaran untuk peragaan dan berlakon.
“Cuma buat masa sekarang, biarlah saya fokus dengan kursus amali yang akan berakhir tidak lama lagi. Jika selepas ini tawaran yang diberikan kena pada waktunya, Insya-ALLAH saya boleh cuba,” jelas Jimmy yang turut mengakui, perkongsiannya di dalam sebuah blog lebih dua minggu lalu menjadi permulaan bagaimana dia mula menjadi buah mulut ramai.
Kata Jimmy, kebanyakan tawaran yang diterima juga memerlukannya ke Kuala Lumpur, jadi ia sedikit sebanyak menyukarkan anak kelahiran Muar, Johor ini untuk menerima pelawaan tersebut, memandangkan komitmen terhadap bidang perguruan di Perak menjadi keutamaan ketika ini.
Sumber Nama Jimmy Jejai raih perhatian
0 Response to "Nama Jimmy Jejai raih perhatian"
Post a Comment