Mahu jadi pelakon yang bagus. (Pic: Z.Nadzri)
Pelakon Naim Daniel Baharin, yang mula berlakon pada usia tujuh tahun, lebih suka menggelar dirinya sebagai pekerja seni kerana dia sentiasa mengutamakan kualiti kerja daripada segala-galanya.
“Saya mahu jadi pelakon yang bagus dan akui memang kurang mendapat pendedahan dalam media namun saya percaya pada rezeki dan kejujuran ketika berkarya. Saya tak mahu jadi pekerja seni yang tangkap muat dan jika orang nak ingat pada saya, ingatlah.
“Jika sebaliknya tidak mengapa. Dalam jangka masa 12 tahun itu saya bersyukur kerana lakonan saya banyak dibentuk oleh orang yang ‘betul’ dalam industri.
“Senior aktor dan aktres tidak jemu mengajar dan memberi tips untuk saya menjadi pelakon yang bagus. Seperti lakonan saya dalam filem Bisik Pada Langit, Jalil Hamid yang jadi bapa saya dalam filem itu tampar saya betul,” katanya.
Ujarnya lagi, sebagai pekerja seni rugi jika dia tiada portfolio kerja yang baik.
“Tidak penting berapa lama kita ada dalam industri tetapi apa hasil kerja kita. Setiap pelakon ada pilihan dan terpulang kepada mereka macam mana mahu merencanakan kerjaya dan masa depan mereka,” katanya.
Naim pernah berlakon dalam filem Cuci, pegang watak Hans Isaac ketika kecil. Dia juga muncul dalam filem 29 Februari.
Sumber Naim Daniel Lebih Suka Digelar Pekerja Seni
0 Response to "Naim Daniel Lebih Suka Digelar Pekerja Seni"
Post a Comment