Sudah berkahwin dan dikurniakan dua cahaya mata, namun lelaki ini tidak pernah puas dengan nafsu seksnya yang membuak-buak, membuatkan isterinya makan hati. Banyak kali meluahkan perasaan di laman Kisah Rumah Tangga, namun kali ini si isteri nekad mendedahkan perbuatan jijik suaminya.
ASSALAMUALAIKUM SEMUA. Alangkah sebaknya dada di kala menulis coretan ini. Allah sangat menyayangi saya kerana terlalu banyak ujian yang saya tempuhi sepanjang berumahtangga. Banyak sudah coretan saya di Kisah Rumah Tangga ini adalah sekadar untuk meluahkan rasa dan tambahan saya tiada tempat untuk mengadu.
Saya rasa, mungkin ini kali terakhir saya menulis coretan di sini sebab saya betul-betul sudah nekad untuk mengubah hidup saya dan tidak akan meletakkan apa-apa harapan dan perasaan pada suami saya lagi. Allah itu Maha Mengetahui segalanya.
Akhirnya saya dapat juga membuka handphone suami yang terkunci dengan password. Ya, saya tahu berdosa tetapi saya tahu bahawa saya ditipu dan diperbodohkan selama ini. Memang saya isteri yang banyak kekurangan, yang tidak lari dari membuat kesilapan tetapi siapa awak wahai suami yang terus menerus menghukum saya?
Allah tidak pernah tidur. Dalam keperitan hati saya dengan menyayangi awak dan menerima kekurangan awak, saya tidak pernah merungut. Saya bantu awak dalam segala hal, saya berkorban dari pulang ke kampung sendiri sebab awak tidak selesa balik ke kampung saya. Saya korbankan kebahagiaan awak dengan keluarga awak sebab awak seorang family-man. Awak dulukan kawan-kawan awak.
Saya tahan dengan semua itu, saya bersabar dengan semua itu sebab saya sedar diri saya seperti yang awak katakan di mana awak mengutip saya, mencuci saya bersih-bersih. Demi Allah saya menyesal kenal dengan awak. Saya tak sangka rupanya suami saya memang seorang kaki perempuan sejak dia bujang sampai sudah berkahwin dengan saya pun masih melakukannya.
Banyak mesej di antara dia dengan isteri orang, janda, yang baru dikenali di Beetalk, WeChat bagai. Minta gambar, cakap benda lucah, ada benda lucah, bersembang dengan kawan lelaki tentang perempaun itu ini. Jijik saya baca semua itu dan sekarang kepercayaan saya terhadap dia musnah 100%
Yang isteri orang ada anak dan suami, boleh rindu ex student (merangkap ex boyfriend dia) iaitu suami saya. Suami saya merahsiakan perkahwinan kami dan semua ingat suami saya masih belum berkahwin. Mungkin kerana mahu menjaga hati suami, saya tetap melayan apa saja kata-kata ex girlfriendnya (ex lecturer) itu.
Demi Allah saya sudah benar-benar berputus asa. Biar Allah saja yang membalas perbuatan suami saya dan saya harap dia berubah. Perceraian bukan jalannya, cuma saya nekad untuk tidak meletakkan apa-apa harapan, tidak terlalu kasih kepadanya. Saya hanya menjalankan tanggungjawab saya kerana Allah.
Alhamdulillah. Saya tiada anak (suami tak mahu anak dari rahim saya, mungkin saya bukan keturunan yang baik-baik), saya ada kerja yang baik, ada kereta, ada duit, ada rupa (maaf, bukan puji diri sendiri tetapi mungkin orang akan kata cantikkan diri untuk pikat suami).
Alhamdulillah saya ada keluarga yang memahami saya. Keluar mertua tidak pernah nampak apa perangai hitam anak mereka sebab suami memang sangat baik dengan keluarganya. Bila bergaduh misalnya di kampung suami, dia akan menjerit sekuat-kuatnya agar satu keluarga dengar. Saya malu, saya benar-benar malu dan nampak saya yang terlalu bersalah. Bila saya suruh cakap baik-baik, jika dia mahu isteri yang seperti dia mahukan, lepaskan saya dengan cara baik. Tetapi dia mengamuk.
Sekarang saya akan buat hal saya, takkan masuk campur hal dia. Cuma saya akan jalankan tanggungjawab saya kerana Allah. Saya benar-benar serik.
Sumber 'Mu tibai belakang, aku tibai depan' - Isteri dedah suami dan rakannya rancang buat maksiat
0 Response to "'Mu tibai belakang, aku tibai depan' - Isteri dedah suami dan rakannya rancang buat maksiat"
Post a Comment