MotoGP: Rossi mungkin kembali bermula Ahad ini.

LONDON: Legenda MotoGP Itali, Valentino Rossi bersedia untuk kembali berlumba di Grand Prix (GP) Sepanyol, hujung minggu ini selepas tiga minggu berehat susulan proses pemulihan kaki kanannya yang patah.

Semalam, penunggang berusia 38 tahun itu menjalani sesi latihan dengan melakukan beberapa pusingan di Litar Misano, berdekatan kediamannya dengan menunggang jentera YZF-R1M.

Doktor menasihatkan pelumba pasukan Yamaha itu untuk berehat bagi tempoh 30 hingga ke-40 hari namun dia 'ingin menguji tahap kecergasannya'.

Begitupun, tiada penilaian dapat dilakukan berikutan hujan yang memaksa sesi latihan itu dipendekkan.

"Dia akan memutuskannya pada lewat Rabu nanti... sama ada dia akan cuba untuk mengambil bahagian dalam perlumbaan minggu ini di Gran Premio Movistar de Aragon," kata Yamaha.

Motorsport.com memetik bapa Rossi, Graziano berkata juara dunia sembilan kali itu melengkapkan tujuh atau lapan pusingan dan berharap sekali lagi melakukan ujian hari ini.

"Saya dimaklumkan, dia merasa amat sakit di kaki kanannya namun dia tidak boleh menentukannya dengan hanya beberapa pusingan, sama ada mampu membuat kepulangan semula di Aragon," katanya.

Pada 31 Ogos lalu, Rossi mengalami kemalangan ketika menjalani latihan menggunakan jentera enduro mengakibatkan kaki kanannya patah dua bahagian.

Dia yang terlepas perlumbaan di GP San Marino di Misani dan Yamaha pada minggu lalu berkata, pelumba Kejuaraan Superbike Dunia dari Belanda, Michael van der Mark akan menggantikannya pada perlumbaan di Aragon 24 September ini.

Rossi ketika ini berada di tangga keempat kedudukan pelumba dan ketinggalan 42 mata di belakang jaguh Honda, Marc Marquez dan pelumba Ducati Andrea Dovizioso yang berkongsi tangga teratas kejuaraan. - REUTERS



Sumber MotoGP: Rossi mungkin kembali bermula Ahad ini.

0 Response to "MotoGP: Rossi mungkin kembali bermula Ahad ini."

Post a Comment