“Mahu lagi SJKC? Mantapkan dulu bahasa Melayu. Jangan guna ‘gua’ dan ‘lu’ dalam urusan rasmi, sehingga tersasul menyebut ke bawah ‘Luli’ Tuanku” – Najib

Najib berkata pertambahan SJKC akan diperhalusi dalam mesyuarat Barisan Nasional tidak lama lagi. ― Foto Bernama

Pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) akan ditambah jika kaum itu bersedia memantapkan penguasaan bahasa Melayu, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana menteri berkata bahasa Melayu adalah ramuan perpaduan di Malaysia maka sewajarnya kaum Cina memantapkan penggunaan bahasa kebangsaan.

“Saya akan jadikan permintaan ini kenyataan. Satu yang saya minta adalah teguhkan kemahiran penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

“Janganlah guna perkataan ‘gua’ dan ‘lu’ dalam urusan rasmi, sehingga tersasul menyebut ke bawah ‘Luli’ Tuanku.

“Sahut saranan ini seiring kesediaan kerajaan menambah pembinaan SJKC,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.

Najib berkata pertambahan SJKC akan diperhalusi dalam mesyuarat Barisan Nasional tidak lama lagi.

Sumber: Projek MMO



Sumber “Mahu lagi SJKC? Mantapkan dulu bahasa Melayu. Jangan guna ‘gua’ dan ‘lu’ dalam urusan rasmi, sehingga tersasul menyebut ke bawah ‘Luli’ Tuanku” – Najib

0 Response to "“Mahu lagi SJKC? Mantapkan dulu bahasa Melayu. Jangan guna ‘gua’ dan ‘lu’ dalam urusan rasmi, sehingga tersasul menyebut ke bawah ‘Luli’ Tuanku” – Najib"

Post a Comment