Mahathir tahu Bank Negara rugi RM5 bilion dari Anwar

Tun Dr Mahathir Mohamad mengetahui jumlah kerugian Bank Negara setelah dimakumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hujung 1993. — Foto oleh Yusof Mat IsaTun Dr Mahathir Mohamad mengetahui jumlah kerugian Bank Negara setelah dimakumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hujung 1993. — Foto oleh Yusof Mat IsaPUTRAJAYA, 18 Sept — Tun Dr Mahathir Mohamad dimaklumkan kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) dalam urus niaga tukaran wang asing hanyalah RM5 bilion.

Bekas perdana menteri itu mengetahui jumlah tersebut setelah dimakumkan oleh menteri kewangan ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hujung 1993. 

Memberi keterangannya kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) hari ini, Dr Mahathir juga berkata Anwar dan Tan Sri Clifford F. Herbert melalui lisan. 

“Saya tidak ingat angka RM30 bilion dinyatakan. Yang saya ingat angkanya dalam lingkungan RM5 bilion,” katanya. 

Tambahnya, maklumat itu diketahuinya lebih awal apabila Anwar menjelaskan kerugian BNM dalam satu sidang Dewan Rakyat. 

Mahathir berkata beliau tiada hak mencampuri urusan eksklusif bank pusat itu.

Beliau juga mengecam ahli panel RCI dengan mendawa siasatan itu cuba menggambarkan beliau seorang dalang di balik skandal kerugian itu.

Pada 6 September lalu, seorang bekas gabenor mendedahkan BNM rugi RM32.074 bilion dalam urus niaga mata wang asing antara 1988 hingga 1994. 

Memberi keterangan kepada suruhanjaya itu, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata BNM bagaimanapun untung RM2.473 bilion pada 1990. 

Beliau merujuk laporan Accounting Treatment of Losses Arising from Active Reserve Management 1988-1984 yang disediakan untuknya pada 2007.



Sumber Mahathir tahu Bank Negara rugi RM5 bilion dari Anwar

0 Response to "Mahathir tahu Bank Negara rugi RM5 bilion dari Anwar"

Post a Comment