“Keterlaluan dan tidak wajar” – DAP bantah saranan supaya pusat tahfiz ditutup

KUALA LUMPUR – DAP membantah saranan sebilangan pihak supaya pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur ditutup disebabkan kebakaran yang mengorbankan puluhan nyawa pelajarnya pada 14 September lalu.

 

 

"Keterlaluan dan tidak wajar" - DAP bantah saranan supaya pusat tahfiz ditutup

“Keterlaluan dan tidak wajar” – DAP bantah saranan supaya pusat tahfiz ditutup

 

 

Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari berkata, beliau dan DAP membantah saranan itu kerana kebanyakan maahad tahfiz dan madrasah di Malaysia menanggung tanggungjawab penting demi tuntutan agama dan tradisi masyarakat negara ini.

“Banyak pihak kini meminta pihak berkuasa untuk menutup sekolah-sekolah tahfiz ini. Bagi pihak DAP tuntutan sedemikian adalah keterlaluan dan tidak wajar.

“Sesungguhnya, sistem persekolahan tradisi di seluruh alam nusantara seperti sekolah pondok, madrasah atau pesantren di Indonesia mempunyai sejarah yang lama dan masyhur dalam mendidik manusia menjadi insan yang beradab, bertanggungjawab dan berbudi pekerti luhur,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

 

Justeru, Zairil berkata, adalah menjadi tanggungjawab pihak berkuasa serta pihak pengurusan sekolah tahfiz untuk memastikan keselamatan bangunan mereka khususnya yang diperbuat daripada kayu.

Beliau mencadangkan beberapa langkah yang wajar diambil seperti berikut:

1) Laluan keluar tambahan harus dibina pada bangunan bertingkat mengikut keperluan bomba.

2) Pengesan asap dan alat pemadam api harus disediakan.

3) Latihan kebakaran juga harus dibuat secara berkala.

4) Penyelenggaraan pengesan asap dan alat pemadam api harus dilakukan dengan sebaik-baiknya, dengan catatan rekod dalam buku log.

5) Sekiranya boleh, perancangan jangka masa panjang juga harus dibuat bagi menaiktaraf bangunan kayu kepada bangunan batu atau sekurang-kurangnya dengan membina dinding kebakaran untuk mengasingkan kelas dan bilik asrama.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 



Sumber “Keterlaluan dan tidak wajar” – DAP bantah saranan supaya pusat tahfiz ditutup

0 Response to "“Keterlaluan dan tidak wajar” – DAP bantah saranan supaya pusat tahfiz ditutup"

Post a Comment