Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ini membuktikan kerajaan sentiasa prihatin dengan keperluan rakyat yang ingin untuk memiliki rumah.
"Tan Sri Noh (Omar) beritahu saya bahawa harga pasaran rumah ini adalah dalam RM200,000.
"Cuba bayangkan, pasaran nilai sedemikian tetapi kerajaan jual hanya RM35,000," kata Datuk Seri Najib.Tambah beliau, ini bererti kerajaan bukan sahaja membina rumah untuk rakyat tetapi menambah kekayaan rakyat.
Datuk Seri Najib berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyerahan Kunci PPR Sri Aman dan Pelancaran Transit Belia di Kepong.
Projek yang mempunyai 1,600 unit berkeluasan 700 kaki persegi ini dibina atas tapak seluas hampir empat hektar dengan kos RM216.8 juta.
Sumber Kerajaan prihatin keinginan rakyat miliki rumah sendiri - PM Najib
0 Response to "Kerajaan prihatin keinginan rakyat miliki rumah sendiri - PM Najib"
Post a Comment