Kanak-Kanak Paling Cantik Di Dunia Kini Sudah Remaja

DIA pernah dinobatkan sebagai kanak-kanak perempuan paling cantik di dunia pada usia enam tahun. Kini Thylane Blondeau, sudah remaja dan menjadi selebriti apatah lagi selepas muncul dalam Minggu Fesyen New York.

Thylane yang berusia 16 tahun, menjadi bintang instagram dengan 1.5 juta followers. Dia kelihatan cantik dengan baju bercorak harimau ketika hadir pada pertunjukkan fesyen tersebut.

Dia pernah berada di pentas peragaan untuk Jean Paul Gaultier pada usia empat tahun dan turut menjadi kontroversi apabila menjadi model muka depan untuk majalah Vogue pada usia hanya 10 tahun.

Disebabkan perkara itu, Vogue telah dikecam ramai kerana mensensasikan Thylane, dengan solekan tebal dan memakai gaun dengan leher V.

Bagaimanapun, ibunya actres Veronika Loubry mempertahankan anaknya. Bapa Thylane adalah pemain bola sepak Perancis, Patrick Blondeau.

Remaja ini pernah menjadi wajah L’oreal Paris pada April lalu dan turut muncul dalam filem Belle & Sebastian: The Adventure Continues pada 2015.

 

Sumber: MYNEWSHUB.CC



Sumber Kanak-Kanak Paling Cantik Di Dunia Kini Sudah Remaja

0 Response to "Kanak-Kanak Paling Cantik Di Dunia Kini Sudah Remaja"

Post a Comment