Cuba seludup 1.2 tan ganja, dua lelaki ditahan polis

Polis di selatan Thai menunjukkan dadah yang dirampas selepas menggagalkan percubaan menyeludup sejumlah besar ganja ke Malaysia. — Foto BernamaPolis di selatan Thai menunjukkan dadah yang dirampas selepas menggagalkan percubaan menyeludup sejumlah besar ganja ke Malaysia. — Foto BernamaBANGKOK, 17 Sept — Polis di selatan Thai menggagalkan percubaan menyeludup  sejumlah besar ganja ke Malaysia bila ia berjaya merampas 1,286kg (1.28 tan metrik) dadah tersebut dalam dua insiden berasingan di Songkla dan Satun.

Menurut pemangku ketua Polis Kawasan 9 Wilayah Lt Jen Ronnasil Phusara, seorang lelaki ditahan di di  Songkla pada 12 Sept sementara seorang lagi ditahan di Satun dua hari kemudian.

“Polis menemui 589kg dari sebuah rumah sewa di Chana, Songkla, sementara 697kg lagi  dadah  dirampas di Satun. Lelaki itu mengaku bahawa ganja itu untuk dibawa ke Malaysia,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi. 

Beliau berkata, ganja itu berasal dari negara jiran Laos, diseludup masuk ke Thailand dan dibawa ke wilayah-wialayah di selatan.  

Lelaki yang ditangkap di Satun menurut Ronnasil, mendakwa dia dibayar 10,000 Baht (RM1,250) oleh seorang Thai untuk membawa dadah itu dan meninggalkannya di sebuah lokasi, tetapi rancangan itu digagalkan polis. — Bernama



Sumber Cuba seludup 1.2 tan ganja, dua lelaki ditahan polis

0 Response to "Cuba seludup 1.2 tan ganja, dua lelaki ditahan polis"

Post a Comment