Bukan nak umum bubar Parlimen, kata TPM

Datuk Seri Zahid Hamidi menafikan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mahu mengumumkan pembubaran parlimen petang ini. — Foto oleh Miera ZulyanaDatuk Seri Zahid Hamidi menafikan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mahu mengumumkan pembubaran parlimen petang ini. — Foto oleh Miera ZulyanaKANGAR, 17 Sept — Pengumuman yang akan dibuat perdana menteri Datuk Seri Najib Razak petang nanti tidak melibatkan hal pembubaran Parlimen, kata timbalan perdana menteri.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata orang ramai tidak perlu percaya dengan spekulasi palsu dan diharap sabar menanti pengumuman Najib dalam sidang media khas kira-kira pukul 5 petang nanti.

"Saya tak mahu mendahului Perdana Menteri, tetapi saya tak fikir ada pembubaran Parlimen dan tak mungkin pengumuman pembubaran Parlimen dibuat hari ini," katanya seperti dilapor BH Online.

Beliau berkata sedemikian ketika hadir merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Arau di sini hari ini.

Zahid dijangka menyertai ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno bermesyuarat di ibu pejabat parti di Menara Dato' Onn di Kuala Lumpur bersama Najib sebelum sidang media diadakan.



Sumber Bukan nak umum bubar Parlimen, kata TPM

0 Response to "Bukan nak umum bubar Parlimen, kata TPM"

Post a Comment