Amin mencatat masa 4 minit 55.501 saat untuk mengatasi Afiq yang mengakhiri perlumbaan di tempat kedua menerusi catatan 5:09.455s manakala peserta Singapura, Jessen Ng, di tempat ketiga.
"Saya sangat gembira dengan kerana dapat menghadiahkan pingat emas untuk negara dan keluarga saya," kata jurumudi kepada Amin, Firdaus Zonis.
Turut cemerlang, Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais, yang meraih emas dalam acara 3,000km kejar mengejar individu wanita (B) dengan kepantasan 4:04.633s untuk mengatasi Emily Lee dari Singapura (4:25.184s) manakala Nur Syahida Tajudin mengulangi pencapaian semalam apabila meraih gangsa.
"Saya amat bersyukur dengan kejayaan ini. Ia merupakan hasil tunjuk ajar jurulatih dan sokongan rakan sepasukan saya," kata Nur Azlia yang bergandingan dengan Noraidillina Adilla J. Sam.Sehubungan itu, skuad berbasikal trek para negara menutup tirai edisi ke-9 ini dengan keseluruhan 12 emas, melebihi sasaran 10 emas yang ditetapkan sebelum ini, hasil kejayaan tujuh emas semalam di samping atlet negara membolot kesemua lima emas yang ditawarkan hari ini.
Antara penyumbang emas hari ini adalah Shukor Farhan Suliman dalam acara 3km individu kejar-mengejar kategori C1, C2 dan C3 campuran.
Shukor melakar 4:6.204s untuk mengatasi rakan sepasukan, Nabil Rosli.
Seterusnya, dalam 4km individu kejar-mengejar kategori C4 lelaki, Najib Turano menghadiahkan emas dengan catatan 5:10.010s dan Zulhairie Ahmad Tarmizi melengkapkan kejayaan Malaysia di Velodrom Nasional, Nilai menerusi acara 4km kejar mengejar C5 lelaki.
"Alhamdullilah saya berjaya meraih dua pingat emas. Ia merupakan sasaran yang telah diletakkan oleh jurulatih bagi menghadapi kejohanan kali ini," kata Najib.
Zulhairie yang turut gembira apabila mengulangi kehebatan semalam (1km ujian masa C5) berkata: "Ia menjadi pembakar semangat saya bagi meneruskan persembahan cemerlang untuk meraih satu lagi emas untuk negara."
Sumber APG - Berbasikal: Cemerlang dengan 12 emas
0 Response to "APG - Berbasikal: Cemerlang dengan 12 emas"
Post a Comment