“Ambil kira kepentingan awam walaupun suspek masih bawah umur” – Prof Madya Undang-Undang UUM

KUALA LUMPUR – Faktor kepentingan awam perlu diambil kira walaupun kesemua tujuh suspek yang terlibat dalam kejadian membakar dan seterusnya menyebabkan kematian 23 individu di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terdiri daripada remaja bawah umur.

 

 

"Ambil kira kepentingan awam walaupun suspek masih bawah umur" - Prof Madya Undang-Undang UUM

“Ambil kira kepentingan awam walaupun suspek masih bawah umur” – Prof Madya Undang-Undang UUM

 

Dekan Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Ahmad Martadha Mohamed berkata, mahkamah boleh mengambil kira kes-kes terdahulu yang sudah dibuat keputusan iaitu penjara berdasarkan kepada jenayah yang sangat berat mengikut akta dan hukuman minumum atau maksimum.

“Contohnya dalam kes melibatkan pembunuhan atau pengedaran dadah, ia mempunyai kaitan dengan kepentingan awam dan dalam kejadian baru-baru ini juga turut melibatkan perkara sama kerana menyebabkan kematian anak-anak tahfiz.

“Ia mendapat keprihatinan masyarakat. Jadi ada unsur kepentingan awam di situ. Perkara berkenaan mesti diambil kira walaupun mereka di bawah umur. Faktor umur tidak dijadikan penentu dalam menjatuhkan hukuman, bahkan yang paling penting ialah kepentingan awam,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Dalam kejadian awal pagi Khamis lalu, 23 pelajar tahfiz termasuk dua guru terkorban selepas terperangkap di tingkat tiga premis berkenaan yang menempatkan asrama pelajar. Sebahagian mangsa ditemui rentung manakala beberapa lagi lemas akibat terhidu asap.

“Meskipun berusia atas 14 tahun, mereka boleh dipenjara kerana ia bukan lagi kesalahan kecil, tetapi sangat besar dan membawa impak besar kepada msyarakat. Kalau tidak dikenakan hukuman berat, saya khuatir masyarakat mungkin akan fikir kejadian ini gagal memberi pengajaran kepada individu lain.

“Biarpun terdapat dua teori sama ada kesalahan memerlukan pencegahan atau pemulihan, mahkamah perlu mengambil kira bahawa pelakuan itu satu jenayah berat dan pemulihan tidak akan mampu memberi mesej kepada pelaku bahawa jenayah itu mudah dan sekali gus tak akan beri pengajaan lain kepada masyarakat,” jelasnya. – K! ONLINE

Sumber: Kosmo



Sumber “Ambil kira kepentingan awam walaupun suspek masih bawah umur” – Prof Madya Undang-Undang UUM

0 Response to "“Ambil kira kepentingan awam walaupun suspek masih bawah umur” – Prof Madya Undang-Undang UUM"

Post a Comment