23 jenazah tahfiz mula dibawa keluar dari HKL

Van jenazah pertama mula membawa keluar jenazah pada pukul 4.00 petang tadi.

23KUALA LUMPUR: 23 jenazah mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung mula dibawa keluar daripada Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Van jenazah pertama mula membawa keluar jenazah pada pukul 4.00 petang tadi dan sehingga kini urusan membawa keluar jenazah yang lain daripada IPFN masih lagi belum lagi selesai.

Solat jenazah ke atas semua 23 jenazah mangsa kebakaran pusat tahfiz itu akan dilangsungkan di Surau Kuarters HKL.

FMT difahamkan semua jenazah mangsa dimandikan di IPFN menggunakan kaedah tayammum dan dikafankan sebelum mereka diserahkan kepada keluarga masing-masing.

Terlebih dahulu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut melawat keluarga mangsa untuk kali terakhir di IPFN.

Terdahulu, Bernama melaporkan, 12 daripada 23 jenazah mangsa kebakaran pusat tahfiz itu akan disemadikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, jenazah yang lain akan dikebumikan di tanah perkuburan berdasarkan keputusan keluarga masing-masing.

Dalam kejadian awal pagi semalam, seramai 23 orang pelajar dan tenaga pengajar di pusat tahfiz terbabit dilaporkan meninggal dunia selepas terperangkap dalam kebakaran yang berlaku pada jam 5.41 pagi.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



Sumber 23 jenazah tahfiz mula dibawa keluar dari HKL

0 Response to "23 jenazah tahfiz mula dibawa keluar dari HKL"

Post a Comment