Video: Gara-gara kad topup, pekerja 7 Eleven dibelasah sekumpulan lelaki

GARA-GARA isu kad tambah nilai, seorang pekerja kedai serbaneka 24 jam dibelasah teruk oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian di premis 7-Eleven di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Video: Gara-gara kad topup, pekerja 7 Eleven dibelasah sekumpulan lelaki

Video: Gara-gara kad topup, pekerja 7 Eleven dibelasah sekumpulan lelaki

Menerusi perkongsian video pengguna Facebook Akmal Hisyam, kejadian berlaku kerana salah seorang suspek tidak berpuas hati dengan mangsa yang tidak membenarkannya menukar kad prabayar yang telah dibeli sebelum itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.49 malam Ahad itu, mangsa yang berada di kaunter secara tiba-tiba didatangi sekumpulan lelaki yang masih lagi memakai helmet.

 

Kemudian salah seorang suspek terus menyerang mangsa sebelum dibantu oleh beberapa rakannya yang lain.

Turut kelihatan salah seorang daripada mereka mengambil kesempatan mencuri sekotak rokok.

Mujurlah tidak beberapa lama kemudian muncul seorang lelaki dipercayai pemilik kedai berkenaan yang terus mengambil sesuatu seperti kayu di bawah kaunter, lalu mengejar kesemua suspek yang bertempiaran lari keluar.

Menurut pemilik kedai serbaneka itu, pihaknya ingin melakukan penyelesaian secara dalaman tanpa melibatkan campur tangan pihak berkuasa.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

 



Sumber Video: Gara-gara kad topup, pekerja 7 Eleven dibelasah sekumpulan lelaki

0 Response to "Video: Gara-gara kad topup, pekerja 7 Eleven dibelasah sekumpulan lelaki"

Post a Comment