Ustaz cabul murid lelaki di sekolah rendah agama di Bangi

Sebanyak enam laporan diterima berhubung kes seorang ustaz mencabul murid lelaki di sebuah sekolah rendah agama di Bangi, kata ketua polis Kajang.

Ustaz cabul murid lelaki

Ustaz cabul murid lelaki

ACP Othman Nanyan berkata laporan itu dibuat selepas aduan ibu bapa kepada pihak sekolah sejak seminggu lalu namun tiada tindakan diambil, lapor Kosmo!.

Laporan enam ibu bapa itu masing-masing dibuat pada Rabu lalu antara jam 10 pagi hingga 12 tangahari, katanya lagi.

“Seramai enam mangsa berusia 11 hingga 12 tahun telah memberikan keterangan dan mendakwa mereka telah dicabul oleh suspek semasa berada di sekolah tersebut sejak 2014,” katanya.

Othman berkata pihaknya telah mereman suspek lelaki, 29, sehingga esok untuk siasatan lanjut. Kes disiasat bawah 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan 377D kanun yang sama.

Sumber: Mstar



Sumber Ustaz cabul murid lelaki di sekolah rendah agama di Bangi

0 Response to "Ustaz cabul murid lelaki di sekolah rendah agama di Bangi"

Post a Comment