Tweet seorang lelaki minta nugget ayam percuma dari Wendy’s selama setahun cecah 3 juta retweet, pecah rekod Ellen DeGeneres

PINTAAN seorang lelaki supaya diberikan nugget ayam percuma menarik 3 juta retweet, memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang oleh selebriti Hollywood, Ellen DeGeneres.

 

Tweet seorang lelaki minta nugget ayam percuma dari Wendy's selama setahun cecah 3 juta retweet, pecah rekod Ellen DeGeneres

Tweet seorang lelaki minta nugget ayam percuma dari Wendy’s selama setahun cecah 3 juta retweet, pecah rekod Ellen DeGeneres

 

Menurut BBC, Carter Wilkerson membuat permintaan ‘mengarut’ berkenaan kepada akaun Twitter rangkaian makanan, Wendys 5 April lalu.

Semalam, tweet oleh Carter berjaya menarik 3,490,249, memecahkan rekod Ellen untuk tweet swafoto selebriti Hollywood pada Anugerah Oscars pada 2014.

Selepas Carter mendapat sokongan berjuta-juta pengguna Twitter, Wendys akhirnya bersetuju untuk memberikan bekalan nugget ayam selama setahun kepada pemuda berkenaan.

Selain itu, Wendys berjanji akan menderma sebanyak AS$100,000 (RM434,700) kepada organisasi kebajikan atas nama Carter.

Selain Wendys, terdapat beberapa rangkaian, syarikat global dan selebriti memberikan respon terhadap tweet Carter.

Apple Music, Microsoft, Amazon, Google malah Twitter sendiri retweet tweet yang dimuatnaik oleh Carter.

Ellen pula ‘mengecam’ tindakan Carter mecahkan rekod beliau dalam sebuah episod rancangnnya.

“Hentikan sekarang. Saya berusaha keras untuk mencipta rekod, dan dia (memecahkan rekod) dengan hanya meminta nugget?” kata Ellen sambil tertawa.

Tweet dari Ellen sebelum ini menarik 3.2 juta retweet.

 

Sumber: Sinar



Sumber Tweet seorang lelaki minta nugget ayam percuma dari Wendy’s selama setahun cecah 3 juta retweet, pecah rekod Ellen DeGeneres

0 Response to "Tweet seorang lelaki minta nugget ayam percuma dari Wendy’s selama setahun cecah 3 juta retweet, pecah rekod Ellen DeGeneres"

Post a Comment