Nampaknya peperangan di antara dua pelakon sensasi tanah air Fasha Sandha dan Nora Danish mungkin akan menemui penamatnya di mahkamah apabila Nora Danish telah memfailkan saman fitnah terhadap Fasha Sandha pada 12 Mei 2017.
Nora sewaktu ditemui di sidang akhbar selepas tamat pertunjukan fesyen Gaya Koleksi Raya – Owl By ND berkata, beliau terpaksa mengambil tindakan undang-undang kerana perkara ini telah menjejaskan reputasinya terutamanya dalam hal perniagaan.
Menurut Nora, segala tuduhan yang dilemparkan oleh Fasha kepadanya adalah tidak benar kerana beliau tidak tahu menahu mengenai kejadian halau-menghalau yang berlaku sewaktu majlis itu berlangsung.
“Saya pergi dan pulang seperti biasa pada malam itu. Keesokan harinya apabila saya bangun, saya mendapat mesej dari ahli keluarga mengenai komen negatif yang dilemparkan kepada saya, “ jelasnya.
“Jika difikir secara logik, siapalah saya nak menghalau orang? Itu bukan majlis saya, dan kenapa pula saya nak halau dia? Kenapa sekarang?”
Nora turut meluahkan rasa kesalnya di atas dakwaan melulu Fasha yang dilemparkan ke atasnya tanpa mengetahui perkara sebenar yang berlaku.
“Kalau dilihat dari status ‘si dia’, di awal juga ada menjelaskan bahawa apa yang berlaku ini adalah salah faham, jadi kenapa dia mahu terus fikir negatif? Kenapa dia tidak mahu fikir apa yang berlaku ini adalah salah faham?” luahnya lagi.
Tambah Nora perkara ini telah memberi impak yang sangat besar kepada jenamanya sehinggakan ada yang mahu memulangkan semula baju Owl by ND serta memberikan komen-komen yang negatif terhadap jenamanya.
“Saya bukan yang jenis suka mengaibkan orang di media sosial, saya tidak pernah menyalahgunakan media sosial untuk menjatuhkan mana-mana pihak. Cuma kali ini saya kesal kerana ia memberi impak yang sangat besar kepada perniagaan saya”.
Selain itu Nora turut menegaskan dakwaan dia akan menarik diri jika Fasha berada di majlis itu adalah tidak benar sama sekali.
“Pada malam itu ada lebih dari 50 baju dari koleksi saya untuk diperagakan, mana mungkin saya menarik diri dari majlis itu”.
Saat ditanya adakah isu yang berlaku ini ada unsur-unsur sabotaj, Nora berkata beliau tidak merasakan ada unsur sabotaj kerana semua sudah mengenali siapa diri ‘si dia’.
“Benda macam ni perkara yang selalu berlaku dalam hidup saya sejak 9 tahun lepas dan telah menajdi perkara biasa kepada saya, cuma kali ini saya rasa kesal kerana saya tidak tahu menahu langsung apa yang terjadi dan itu yang membuatkan saya betul-betul rasa difitnah teramat sangat.” Kesalnya.
Nora juga menegaskan beliau sudah sangat bersedia untuk turun naik mahkamah bagi menyelesaikan pergelutan yang berlaku ini.
“Kali ini saya akan terus menerus untuk mempertahankan hak saya, dan saya tidak akan berlaku baik. This time saya akan all out! “ Tegasnya.
Turut tampil untuk memberi penjelasan pada malam itu ialah penganjur majlis Fenomena Aidilfitri 2017 yang juga pengarah urusan untuk Glass Go Media Encik Amir Rizuan.
Jelas beliau, apa yang berlaku pada malam itu adalah salah faham serta kekeliruan dari pihaknya sendiri.
“Semua sedia maklum masalah Nora dan Fasha, itulah perkara yang saya cuba elak tetapi segalanya telah berlaku” luahnya.
Encik Amir juga menegaskan pihaknya tidak mendapat sebarang arahan dari Nora untuk tidak membenarkan Fasha hadir ke majlis itu.
“Selepas ini saya akan berjumpa dengan pihak Fasha dan betulkan semua ini secara baik dan sesegera mungkin.” Jelasnya.
Pada malam itu, Nora juga menjelaskan bahawa beliau memaafkan Encik Amir kerana memahami kerisauan yang dirasai oleh pihak pengurusan Glass Go berikutan permasalahan yang berlaku di antara dirinya dan Fasha sebelum ini.
Nora juga menyatakan bahawa beliau tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan secara peribadi lagi selepas ini kerana menyerahkan segala urusan ke atas pihak guamannya.
Sumber: Suria
Sumber “Saya sudah bersedia naik turun mahkamah, this time saya akan all out!” – Amaran Nora Danish untuk Fasha Sandha
0 Response to "“Saya sudah bersedia naik turun mahkamah, this time saya akan all out!” – Amaran Nora Danish untuk Fasha Sandha"
Post a Comment