“Saya puncanya, Nora tidak halau Fasha” – Penganjur mengaku silap cetus perang antara Nora Danish dan Fasha Sandha

Ketua Pegawai Eksekutif Glass Go Media, Amir Rizuan Ali mengakui ‘perang’ antara Fasha Sandha dan Nora Danish adalah berpunca daripada salah faham pihak mereka.

Baca: “Sekuat mana pun, jatuh juga air mata tanpa henti semalam” – FashaSandha luah perasaan di IG lepas dihalau seorang artis di majlis fesyen Jakel, siapa artis itu?

Fasha Sandha dakwa Nora Danish halaunya dari event Jakel, ini respons Nedim Nadzri

"Saya puncanya, Nora tidak halau Fasha" - Penganjur mengaku silap cetus perang antara Nora Danish dan Fasha Sandha

“Saya puncanya, Nora tidak halau Fasha” – Penganjur mengaku silap cetus perang antara Nora Danish dan Fasha Sandha

Amir yang juga selaku penganjur majlis Fenomena Aidilfitri 2017 menjelaskan keputusan menghalang Fasha hadir pada majlis berkenaan dibuat tanpa sebarang arahan daripada pihak Nora.

Katanya, apa yang dilakukan itu dirasakan sebagai cara terbaik untuk memastikan majlis tersebut berjalan lancar.

“Salah faham ini berpunca daripada saya kerana saya langsung tidak bertanya Nora terlebih dahulu. Saya tahu hubungan mereka tidak baik, jadi saya tidak mahu perkara buruk berlaku pada majlis yang saya anggap penting buat saya.

 

“Bagaimanapun, tiada sebarang kejadian Fasha dihalau seperti didakwa,” ujarnya kepada mStar Online.

Amir Rizuan Ali

Dia ditemui pada sidang media berhubung isu berkenaan yang turut dihadiri  Nora Danish selepas majlis pertunjukan fesyen Gala Raya 2017, yang diadakan di Publika, dekat sini, Jumaat.

Terdahulu pada Rabu, aktres Fasha Sandha dikatakan telah dihalau daripada menghadiri majlis pertunjukan fesyen Fenomena Aidilfitri 2017 oleh pihak penganjur kononnya atas arahan Nora.

Nora berada pada majlis itu kerana mahu memperkenalkan koleksi terbaharu jenama pakaiannya iaitu Owl by Nora Danish.

Sementara itu, Amir berkata, pihaknya akan bertanggungjawab terhadap perkara berkenaan dan akan menjernihkan keadaan.

“Ia adalah atas kesilapan saya sendiri dan saya akan bertanggungjawab sepenuhnya kepada perkara ini. Saya akan berjumpa Fasha sendiri dan cuba membetulkan keadaan.

“Pada kesempatan ini juga saya ingin meminta maaf kepada Nora dan Fasha Sanda yang terjejas daripada salah faham yang berlaku,” ujarnya.

mStar Default Image
Fasha Sandha

Sementara itu, Nora Danish meluahkan rasa kesal dan terkilan dengan tindakan aktres berkenaan yang telah menjejaskan maruah keluarga dan perniagaannya selain berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap Fasha.

Tambah Nora, tuduhan buruk yang memberi persepsi negatif itu secara tidak langsung menjejaskan perniagaan yang sedang dipromosikannya.

“Saya sedih dan terkilan kerana tindakan dia telah membuatkan beberapa pelanggan saya ingin memulangkan balik baju raya yang telah mereka beli. Ada juga yang berpaling arah dan benci kepada saya.

“Hubungan saya dan Fasha memang dari dulu tidak baik tapi tidaklah sampai saya menghalang dia hadir atau halau dia pada majlis itu. Itu bukan majlis saya dan saya tidak tahu dan tidak pernah ambil tahu dia datang atau tidak.

“Kalau benar saya mahu bertindak demikian kenapa baru sekarang?” soalnya.

Sumber: Mstar



Sumber “Saya puncanya, Nora tidak halau Fasha” – Penganjur mengaku silap cetus perang antara Nora Danish dan Fasha Sandha

0 Response to "“Saya puncanya, Nora tidak halau Fasha” – Penganjur mengaku silap cetus perang antara Nora Danish dan Fasha Sandha"

Post a Comment